26 April 2012
Letak Nama Ye..(^_^)
01 January 2012
Pelatih PLKN Siri 9/2012
25 August 2011
Pelatih Sukarela Siri 8/2011
Borang (Terbaru)
-Borang Kebenaran Ibu Bapa
-Borang pemeriksaan Kesihatan
-Borang Perakuan Kesihatan
-Borang Penangguhan (Borang 1)
-Borang Pembaharuan penangguhan (Borang 2)
-Borang pengecualian
-Borang Pengendalian senjata Colt M16
01 August 2011
Borang tidak dapat di akses??
17 June 2011
Pertanyaan!!!! (Part 1)
S/C: Terpilih, antara rela dan tidak..Sukarela, memang nak pergi ke PLKN
Soalan 3:Hello...saya ni obese dan dipilih untuk mengikuti PLKN. Adakah berat badan saya akan bertambah, berkurang atau x berubah selepas menjalani PLKN? Thanks a lot. =)
S/C: Ianya bergantung pada pemakanan dan latihan yang anda jalankan..Ada pelatih yang berjaya menguruskan badan di PLKN dan ada yang bertambah..Tapi apa yang stonecool dapat, anda akan menjadi lebih sihat dan aktif..
Soalan 4:adakah layanan pelatih yg terpilih dgn pelatih sukarela nie berbeza??
S/C: layanan tidak akan berbeza sama sekali..Sebab, anda telah diiktiraf sebagai pelatih PLKN..so anda semua adalah sama..Tidak kira sukarela ataupun terpilih..
Soalan 5: saya nk sangat2 pergi PLKN...mcm mane nak wat rayuan...???TOLONG....
S/C: Rayuan, mudah saja..Download borang sebagai pelatih sukarela..Buat masa ini, website JLKN masih lagi busy, mungkin dalam masa terdekat..Anda boleh access..
Soalan 6: Saya telah terpilih untuk mengikuti PLKN Siri 9/2012. Saya tidak tahu apa akan terjadi kemudian...dan saya tidak tahu apa-apa langsung termasuk soalan apa yang perlu saya tanya tentang PLKN. Boleh beritahu segalanya?
S/C: Segala maklumat yang anda perlukan ada dalam blog ni..Anda boleh rujuk entri ini dan sekiranya ada soalan..boleh kemukakan kepada stonecool ye..
Soalan 7: kenapa setiap pemilihan tidak adil.. kbnyakan yg dapat mesti xnk pegi.. yg xdpat itu lah yg nk pegi..
S/C: Itu kena ditanyakan kepada pihak JLKN kerana pemilihan pelatih adalah dibuat oleh Jabatan Latihan Khidmat Negara
Saoalan 8: apa yang dimaksudkan dengan kumpulan satu dan kumpulan dua
S/C: Itu adalah Kumpulan dalam setiap siri..Kump. 1 biasanya pada Januari hingga Mac, Kump. 2 pada pertengahan Mac hingga Jun manakala Kump. 3 pada pertengahan Jun hingga September.
Soalan 9: macam mana nak pergi kalau saya tak nak masuk plkn ..
S/C: Anda kena kemukakan alasan yang munasabah jika tidak mahu pergi ke PLKN..Ia dipanggil pengecualian. Rujuk entri ini..Tetapi anda tidak boleh sesuka hati untuk tidak mengikuti PLKN..
Soalan 10:bantal plkn bagi x? ade iron (seterika) x kat sane?
S/C: Memang ada..Tapi bantal tu bukanlah diberi terus kepada pelatih.. Hanya untuk kegunaan dalam kem..Seterika, memang ada.. Semua kemudahan ini disediakan.. Sila rujuk entri ini..Baguskan negara kita?
Freshie!
05 October 2010
Perjumpaan Bekas Pelatih PLKN 2004-2010
terdapat beberapa kem yang telah ditutup dan tidak beroperasi lagi. Antaranya adalah:-
1.Kem Kubena, Sipitang, Sabah
2.Kem Rachado Bay, N.Sembilan
3.Kem Peladang Setiu Agro Resort, Terengganu
4.Kem Chamang, Pahang
5.Kem Bakau Resort, Terengganu
6.Kem Beringin Beach Resort, Kedah
7. Kem Kisana Beach Resort, Kelantan
8.Kem D'Jelapang, Kedah
9.Kem Khidmat Negara Kg. Baru (L)Air Tawar,Perak
10.Kem Gardenia, Kedah
Selain daripada itu, kem-kem PLKN masih di buka.Pick Up point di sediakan di beberapa tempat. Untuk Maklumat lanjut,hubungi:-
Unit Sekretariat Alumni PLKN
03-4027 4000/4626
atau call center 03-4027 4773/4774/4776/4777/4779
26 August 2010
Bakal Pelatih siri 8/2011
Sebelum bertolak ke PLKN, mesti ramai yang tak dapat surat, mungkin sebab lambat atau pertukaran alamat. Anda janganlah gundah gulana..kerana semua borang yang diperlukan bolen anda dapati disini..hanya perlu klik link di bawah ini,mengikut borang yang anda perlukan.
-Borang Pendaftaran Peserta
-Borang kebenaran Ibubapa
-Borang Pemeriksaan kesihatan
-Borang Perakuan Kesihatan
-Borang Penangguhan program (1)
-Borang pembaharuan penangguhan Program (2)
-Borang kemasukan Semula Pelatih penangguhan
-Borang Pengendalian Senjata M-16
-Borang Pengecualian PLKN
Anda juga boleh mendapatkan semua borang ini di Laman Web Rasmi JLKN, cuma adakalanya,'traffic jammed' disana, menyukarkan para pengguna memasuki Laman tersebut. Jadi, itulah gunanya diwujudkan blog ini, sekadar untuk membantu para pengguna.
S/c: tahniah buat semua bakal pelatih..
13 August 2010
Salam Ramadhan Al-Mubarak

30 June 2010
Terima Kasih/Syukran/Arigato

Terima kasih buat semua yang support blog ini..Sehingga waktu entri ini ditulis, seramai 16249 pengunjung Blog ini..
Jumlah Followers juga semakin bertambah..sehingga kini, seramai 20 orang followers blog ini..Terima kasih banyak-banyak..
Tujuan Blog ini ditubuhkan adalah untuk memberi sedikit sebanyak info kepada bakal pelatih khususnya dan semua lapisan masyarakat umumnya. Disamping itu,anda juga boleh download pelbagai borang penting especially kepada peserta PLKN. Diakui, semua borang ini boleh didapati di website rasmi Jabatan Latihan Khidmat Negara, namun kadangkala terlalu ramai pengunjung menyebabkan website tersebut menjadi sesak dan begitu sukar untuk dilawati. Dengan adanya blog ini, sedikit sebanyak dapat memudahkan bakal peserta PLKN.
Selain itu,bekas pelatih juga boleh berkongsi kenangan 3 bulan di PLKN mereka melalui blog ini..sehingga kini,terlalu ramai yang menghantar email ke stone_cool2020@yahoo.com namun atas sebab tertentu, masih belum dapat di siarkan cerita-cerita tersebut..Harap Maaf..
Sekiranya ada sebarang kemusykilan berhubung Blog ini, bolehlah menghantar email kepada admin, seperti yang tertera..
Terima Kasih, Admin, Warna Warni de' PLKN..
S/C: Terima Kasih Daun Keladi..
05 May 2010
Kad Pintar PLKN- Identiti K.I.T.A

Kad ini adalah hasil kerjasama antara Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dan Koperasi Usahawan dan Pengguna Elektronik Kuala Lumpur Berhad (KoUpay)
Sebagai seorang bekas pelatih, ini merupakan sesuatu yang istimewa dan pastinya menjadi tanda bahawa anda pernah menjalani latihan PLKN. Pelbagai keistimewaan ditawarkan kepada pelatih yang memiliki kad ini..
Antaranya ialah :-
1.Mengeluarkan wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM)
2.Touch n' Go
3.Menjadi kad identiti bekas pelatih PLKN
Banyak lagi keistimewaan yang disediakan oleh kerajaan untuk pemilik kad pintar PLKN dan boleh dirujuk di laman web rasminya iaitu 1plkn.com
Walaupun keistimewaan tersebut lebih kepada pelatih yang berada di semenanjung Malaysia, namun tidak salah bagi pelatih yang berada di Sabah dan Sarawak untuk memilikinya..Jangan risau, kerana ianya anugerah kerajaan KHUSUS kepada yang terpilih ke PLKN sahaja..
Jadi, apa tunggu lagi..dapatkan Kad Pintar PLKN sekarang!!
S/C: Anugerah Terindah Yang Pernah Ku Miliki..
26 March 2010
Perasaan anda ke PLKN
s/c: Mula-mula,benci..lama-lama,sayang..
23 March 2010
Persediaan ke PLKN
20 March 2010
Seronok ke PLKN?
30 December 2009
Apa Kata Wanita

Sumber: Jabatan Latihan Khidmat Negara
19 December 2009
Tips buat Bakal Pelatih PLKN
Sebelum Ke Kem PLKN
Ketika anda menerima surat dari Jabatan Latihan Khidmat Negara yang menyatakan anda terpilih untuk menyertai latihan PLKN, ia ada menyertakan beberapa perkara yang anda perlu lakukan dan senarai peralatan serta peraturan semasa berada di Kem latihan. Ada beberapa perkara yang anda harus lakukan sebelum bertolak ke kem.
1.Medical check-up di hospital dan klinik yang terpilih.
2. Buka Akaun di mana-mana cawangan Agro bank untuk elaun.
3.Buat persiapan dari segi pakaian dan peralatan yang perlu dibawa ke kem PLKN.(rujuk entri terpilih)
4. Lengkapkan borang yang dilampirkan bersama surat pemilihan anda. Pastikan borang diisi selengkapnya.
5. Bagi bakal pelatih lelaki, potong rambut seperti dalam gambar. Untuk menjimatkan masa di dalam kem. Tak perlu beratur.
6.Jaga kesihatan anda. Pastikan anda sihat sebelum ke kem PLKN.
Ketika Melapor Diri
Selepas melakukan persiapan dari rumah, tibalah waktunya dimana anda diminta melapor diri di tempat berkumpul yang telah ditentukan. Di sini ada beberapa langkah yang berguna untuk anda yang telah terpilih.
1. Pakai Pakaian yang sesuai ketika melapor diri. Jangan berpakaian ketat. Bagi yang tidak bertudung, Pakai la T-Shirt & Seluar Track serta berkasut. Dinasihatkan agar tidak memakai Jeans kerana di dalam kem, Jeans tidak dibenarkan.
2. Datang awal ke tempat berkumpul yang ditentukan. Pastikan anda membawa semua barang yang perlu. Jangan lupa juga untuk membawa borang pendaftaran yang telah lengkap diisi.
3.Paling penting, jangan lupa bawa Kad Pengenalan anda.
Semasa di Kem
1. Pastikan anda meminum air putih secukupnya. Lebih 8 gelas pun tidak menjadi masalah kerana anda akan kehilangan banyak air ketika melakukan aktiviti.
2. Jangan sesekali skip makan (Sarapan/Minum Pagi/ Makan Tengahari/ Minum Petang/ Makan Malam/Supper) kerana anda memerlukan tenaga yang secukupnya untuk melakukan aktiviti dan pihak pengurusan lebih tahu apa yang anda perlukan.
3. Dengar kata-kata jurulatih kerana merekalah 'ibu bapa' anda ketika berada di dalam kem.
4.Bersungguh-sungguh dalam melakukan aktiviti. Kalau boleh libatkan diri sebanyak yang mungkin dalam semua aktiviti. Peluang ini hanya datang sekali, so kalau anda lepaskan, rugi..
5. Bak kata pepatah 'berkawan biar seribu', carilah seberapa banyak kawan yang sama-sama mengikuti PLKN. Merekalah keluarga anda ketika masih di dalam kem. Jangan menyombong diri kerana semua pelatih adalah sama dan anda mungkin akan merindui mereka selepas tamat program PLKN.
6.Cuba tonjolkan diri dan kebolehan anda, mungkin ketika di luar, anda adalah seorang yang pasif tapi cuba untuk jadi seorang yang aktif di dalam kem. Beranikan diri untuk melakukan perkongsian terbuka, beri pendapat dan macam-macam lagi.
Ketika Tamat Latihan
Selepas tiga bulan, kini tibalah masanya dimana latihan yang anda jalani selama ini tamat. Anda akan dianugerahkan sijil dan juga dilabel sebagai bekas pelatih. Di sini, ada beberapa tips yang penting ketika tamat latihan dan sebelum bertolak pulang.
1. Selepas perbarisan tamat latihan, dan sebelum pulang pastikan anda telah menyusun semua barang yang anda bawa kembali di dalam beg anda. Pendek kata, semua barang milik anda. Pastikan tiada yang tertinggal kerana anda mungkin tidak akan dapat mengambilnya semula.
2. Pastikan anda mengembalikan barang yang sepatutnya dikembalikan pada pihak kem. Barang-barang tersebut adalah:-
-Pakaian celoreng (2 pasang)
-Tali Pinggang Medan (1 pasang)
-Boots (1 Pasang)
-Cadar (1 Helai)
-Selimut (1 Helai)
3. Jangan sesekali mengambil barang yang bukan milik anda. Contohnya, Pakaian orang lain, gayung di bilk mandi, baldi ataupun tilam dan bantal.
4. Ketika bertolak pulang, pastikan anda bangun dan bersiap awal. Jangan lupa menaiki bas yang betul!
Semoga 3 bulan di PLKN membawa 1001 kenangan dan pengalaman buat anda, bakal Wira & Wirawati!
17 December 2009
Barang yang perlu dibawa semasa ke Kem PLKN..(updated)
2.Seluar track (tak perlu bawa jeans)
3.Sabun mandi,Ubat gigi,berus gigi,Syampu,Sabun cuci (bawa Bio Zip la..kan ada iklan tu..haha..)
4.Pakaian Dalam (Takkan tak bawa..kena senaraikan juga ke?)
5.Telekung dan kain Pelikat (bagi yang muslim)
6.Baldi,Berus kain,penyepit kain (ada kedai dalam kem..tapi mungkin akan kehabisan stok..)
7.Pen Marker (untuk tulis nama kat baju..or barang2 lain..nanti hilang..boleh juga pinjam kat cikgu)
8.Duit (tak perlu bawa banyak..tak bawa pun boleh)
9.Telefon bimbit (untuk Call family)
10.Kain pengelap( untuk kiwi kasut dan lain-lain)
11.Hanger (untuk menyangkut baju)
12.Selipar ( untuk ke tandas)
13.Kasut sukan (pilihan,nak bawa atau tidak)
14.Jam (penting untuk bangun pagi)
15.Sikat,deodoran,losyen,sun block (kalau nak bawa la)
16.Ikat rambut dan sepit rambut ( bagi yang berambut panjang)
17.Pengetip kuku ( 3 bulan tu..nanti jadi pontianak lak)
s/c: kalau nak bawa kamera pun boleh..tapi pastikan jaga sebaiknya..
01 December 2009
Semakan status peserta PLKN (2010)
1.Layari Laman Web Rasmi Jabatan Latihan Khidmat Negara.
2. Masukkan No. Kad Pengenalan anda. Contoh:- 920230159000
3. Klik 'cari'
Selain itu, anda juga boleh menyemak melalui SMS..caranya mudah sahaja..seperti berikut:-
1. Taip PLKN
contoh :- PLKN SEMAK 921234567890 dan hantar ke 15888
2. Jika anda terpilih, anda akan mendapat balasan SMS seperti berikut:-
"Tahniah! 921234567890 NURUL IZZATI BINTI ABDUL AZIZ terpilih menyertai PLKN Siri 7/2010"
3. Sekiranya anda tidak terpilih, anda akan mendapat balasan SMS seperti berikut:-
"Maaf! 921234567890 tidak dipilih untuk menyertai PLKN Siri 7/2010. Terima Kasih."
Selain melalui dua cara di atas, anda juga boleh menyemak nama anda di dalam surat khabar Utusan Malaysia, the Star dan beberapa lagi Surat Khabar yang menyenaraikan nama-nama pelatih.
27 September 2009
Lagu Rasmi PLKN (Wira Wirawati)
Tiba Masa Kita Berjasa
Kita Sahut Cabaran Begerak Seiringan
Demi Mencapai Wawasan
Kenali Rakan Pelbagai Budaya
Selami Warisan Kita yang Kaya
Bersama Bergandingan Tiada Perbezaan
Kita Warga Malaysia
Berkhidmat Untuk Negara
Berbakti Penuh Setia
Satu Hasrat Satu Semangat Satu Tekad Bersama
Kami Wira Wirawati Negara
Kini Masa Kami Berjaya
Kami Sahut Cabaran Bergerak Seiringan
Kami Pasti Mencapai Wawasan
Kita Sahut Cabaran
Bersama Bergandinga
Berkhidmat Untuk Negara..MALAYSIA!
Download Di sini


10:51 AM
Stone_cooL


