
Kemudian emak itu bertanya kepada anaknya, “apa yang kamu nampak?” “Lobak, telur dan kopi”, kata budak itu. Emaknya menyuruh budak itu merasa ketiga-tiga benda itu. Lobak itu menjadi lembut setelah dimasak, telur dikupas dan isinya menjadi keras setelah cecair sebelum dimasak dan menghidu kopi yang menjadi aroma yang segar dan terus meminumnya.
Budak itu bertanya, apa maksud kesemua itu kepada emaknya. Emaknya berkata setiap 3 benda itu menghadapi cabaran yang sama iaitu air yang mendidih tetapi menunjukkan reaksi yang berbeza. Lobak, keras,kuat sukar dipatahkan tetapi menjadi lembut dan lemah setelah berada dalam air panas. Telur, mudah pecah kulitnya yang nipis melindungi cecair di dalamnya. Tetapi setelah masuk ke dalam air mendidih cecair di dalamnya menjadi keras. Kopi pula,unik, sebab apabila dimasukkan ke dalam air mendidih ia mengubah warna air itu.
Emak budak itu bertanya, “mana satu kamu?” "Apabila cabaran datang bagaimana kamu menghadapinya? Adakah kamu bersifat seperti lobak, telur atau serbuk kopi?"
Fikirkan di mana anda.. adakah saya lobak yang diketahui keras dan kuat tapi dengan cabaran saya menjadi lembut dan hilang kekuatan?
Adakah saya telur mudah pecah tetapi berubah dengan kepanasan? Adakah saya mempunyai semangat ibarat cecair telur yang lembut tetapi teguh setelah berhadapan dengan cabaran? Adakah kulit luaran saya tetap sama walaupun cecair dalaman saya telah berubah?
Atau adakah saya menjadi seperti serbuk kopi? Ia mengubah air mendidih yang membawa masalah. Apabila air menjadi panas, ia mengeluarkan bau dan rasa yang sedap. Bila kamu menjadi kopi, apabila sesuatu cabaran tiba kamu menjadi lebih baik dan menukar situasi sekeliling anda yang teruk itu kepada cabaran yang positif.
Petikan cerita ini saya ambil sebenarnya sebagai satu motivasi kepada anda semua. Setelah masuk ke kem nanti mana satu anda akan pilih, menjadi seperti lobak, telur atau kopi tadi. Adakah anda sekarang seorang yang keras peribadinya seperti yang dikenali kawan-kawan dan keluarga tetapi menjadi lemah dan apabila berhadapan dengan cabaran dalam PLKN nanti. Nampak seperti tidak mampu menghadapi segala-galanya.
Atau anda sekarang seorang yang bersifat seperti telur tadi seorang yang nampak lembut dan sensitive tetapi dengan cabaran anda menjadi tabah yang positif. Itu bagus, tapi kalau tabah yang negative sehingga mengubah peribadi anda yang sebenar, yang dikenali sebagai anda selama ini itu bahaya. Anda hilang arah di kem menjadikan kem tempat untuk meluahkan rasa tidak puas hati. Dengan itu, terjadilah pelbagai masalah di kem.
Alangkah baik kalau menjadi kopi menjadikan cabaran sebagai sesuatu yang positif. Mampu mengurus diri dan membuat sesuatu itu menarik. Sedarlah anda semua adalah harapan negara di masa depan. Dalam program inilah sebenarnya kerajaan berkesempatan untuk memberi hadiah yang sangat mahal nilainya kepada anda. Saya faham,bukan senang untuk berhadapan dengan cabaran, cakap memang senang tapi yang merasa ialah anda. Walaupun perkara ini susah, kebaikan tetap terasa juga di suatu hari. Anda fikirlah sendiri...