Showing posts with label Sejarah PLKN. Show all posts
Showing posts with label Sejarah PLKN. Show all posts

02 November 2008

Konsep Latihan PLKN

Program latihan Khidmat Negara (PLKN) adalah satu program pembinaan sahsiah diri bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Program ini bukanlah bersifat Kerahan Tenaga dan tidak mengikut mana-mana model luar kerana dilaksanakan ala- Malaysia berteraskan tiga modul utama iaitu Modul Pembinaan Karakter, Modul Kenegaraan dan Modul Khidmat Komuniti. Modul Fizikal berjalan sepanjang latihan berlangsung.


JANGKA MASA

Program latihan ini dijalankan selama 3 bulan di dalam kem-kem Khidmat Negara seluruh Negara. Jangkamasa hari latihan ini telah ditetapkan takwim latihan dan masa-masa cuti pelatih.

01 November 2008

Lambang Khidmat Negara



Konsep yang cuba ditonjolkan dalam logo ini ialah api yang sedang membara melambangkan semangat patriotisme.

Bentuk api dihasilkan dengan jalur merah melambangkan 3 suku kaum utama di Malaysia bersatu padu mempertahankan Negara.

Bentuk bulat berwarna biru menandakan perpaduan yang erat terjalin antara kaum.

Bentuk bulan dan bintang pula melambangkan kedaulatan Negara yang harus dipertahankan oleh semua pihak.

Perkataan KHIDMAT NEGARA dibentuk mencakupi bentuk api tadi bagi melambangkan misi dan visi yang akan dilaksanakan.

Sejarah Penubuhan PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN)

Sebuah Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kerahan Tenaga telah dibentuk dalam Mesyuarat Kabinet pada 30 Oktober 2002 untuk mengkaji keperluan perlaksanaan Kerahan Tenaga ini. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Y. B Menteri pertahanan dan dianggotai oleh 7 Menteri, seorang Penasihat perdana Menteri yang bertaraf menteri dan 5 timbalan Menteri.

Di dalam mesyuarat yang pertama padaa 12 November 2002 Jawatankuasa Kabinet mengenai Kerahan Tenaga telah menerima penggunaan istilah 'Khidmat Negara' bagi mengantikan istilah kerahan tenaga. Jawatankuasa Kabinet Mengenai Khidmat Negara (JKMKN) telah menubuhkan 4 Jawatankuasa kecil iaitu Jawatankuasa Kewangan, Jawatankuasa Kurikulum, Jawatankuasa Undang-undang dan Jawatankuasa Logistik bagi membantu jawatankuasa ini menyediakan perancangan dan menyelaraskan keperluan perlaksanaan Program Khidmat Negara.

Kabinet pada 28 Mei 2003 telah meluluskan cadangan perlaksanaan Program Latihan Khidmat Negara dan Akta Latihan Khidmat Negara 2003. Dewan rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Akta latihan Khidmat Negara pada 25 Jun 2003 manakala Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang ini pada 7 julai 2003.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Ziel | Penulis Blog Warna warni De' PLKN - Stonecool | Pelangi Kehidupan