Showing posts with label Isu-Isu PLKN. Show all posts
Showing posts with label Isu-Isu PLKN. Show all posts

21 December 2008

Menyebar Video Negatif di Dalam Handphone

Ada di kalangan pelatih yang membawa telefon yang canggih ke kem berkongsi dengan kawan-kawan video negatif yang terdapat dalam handphone mereka. Selain itu ada yang merakam gambar-gambar yang tidak sepatutnya. Handphone yang di bawa pelatih seharusnya dijadikan kemudahan untuk pelatih berhubung dengan keluarga. Namun, sikap pelatih itu sendiri menjadikan teknologi satu keburukan, ada pelatih mengambil gambar yang tidak sepatutnya dan menyebar gambar itu ke luar kem. Ia membawa kesan yang tidak baik kepada pelatih dan kem PLKN.

19 December 2008

Kualiti Air

Kualiti air di kem-kem telah diperiksa oleh Jabatan Kesihatan. Umumnya ia digunakan untuk makan minum pelatih, mandi dan aktiviti air dalam modul fizikal. Bakal pelatih tidak perlu bimbang menggunakan air sewaktu latihan.

18 December 2008

Kualiti Makanan

Menu harian yang disediakan di kem-kem adalah mengikut jadual yang telah ditetapkan JLKN. Begitu juga dengan kuantiti yang diberikan kepada pelatih sewaktu makan. Keaadaan dapur tempat memasak telah diperiksa oleh Jabatan Kesihatan agar tahap kebersihan adalah yang terbaik. Tukang masak dan penghidang makanan pula telah melalui pemeriksaan kesihatan di hospital kerajaan.

Berpura-pura sakit di Kem

Kisah lucu di dalam kem. Oleh sebab malas mengikuti latihan, pelatih sengaja pergi ke klinik kem untuk mendapat rawatan. Setelah itu, berpura-pura enggan ke tempat latihan kerana alasan sakit. Tetapi hakikatnya malas untuk mengikuti latihan.

17 December 2008

Penyakit & Wabak

Persekitaran kem dipantau dari semasa ke semasa. Sebarang penyakit atau wabak yang di anggap menular dengan tidak terkawal akan di siasat dengan bantuan Jabatan Kesihatan. Pihak klinik kesihatan kem telah membuat langkah-langkah yang sewajarnya sebelum para pelatih setiap kumpulan sampai ke kem.

16 December 2008

Pemeriksaan Kesihatan

Pemeriksaan kesihatan adalah perkara wajib kepada bakal pelatih sebelum datang ke kem. Keluarga pelatih harus peka ke atas kesihatan ahli keluarga. Sekiranya anak yang trpilih ke kem, wajiblah membuat pemeriksaan dengan teliti. Maklumkan kepada pihak penyelaras setiap pick-up point sekiranya anak anda mempunyai sejarah kesihatan yang tidak baik.
Borang kuning yang disertakan di dalam sampul surat tawaran hendaklah di isi dengan betul. Sekiranya tidak mendapat surat pemeriksaan akan dijalankan di klinik setiap kem. Jika di kesan mempunyai masalah kesihatan merbahaya maka proses pengesahan dari doktor hospital kerajaan dilakukan dan pengecualian akan diberikan.

Kehilangan Nyawa

Isu ini bukan untuk memburukkan PLKN. Tetapi pengajaran & persedian kepada semua orang untuk memastikan keselamatan anak-anak.

Sedikit Pengajaran yang perlu di ambil tahu :
Peserta : Pastikan anda sihat. Jangan menipu dengan tahap kesihatan anda. Dapatkan nasihat doktor.
Ibu-Bapa : Hantar anak untuk medical check-up. Kalau anak tidak layak dari segi kesihatan, dapatkan surat doktor & buat pengecualian.
Pengusaha Kem : Pastikan keadaan kem selamat. Tahu hospital terdekat & Emergency Response Procedure in place. Dapatkan Jurulatih yang bertauliah.
Jurulatih : Mendapat latihan sepatutnya. Alert dengan perubahan peserta. Ambil tindakan untuk sebarang aduan. Jangan leka.
Kerajaan : Tindakan undang-undang kepada Pengusaha Kem & Jurulatih yang tidak menjalankan tanggungjawab mengikut panduan yang dikeluarkan.

14 December 2008

Keperluan Diet Pelatih

Menu untuk hidangan makan dan minum pelatih adalah disediakan oleh pihak JLKN. Setiap hari jadual telah ditetapkan apa masakan yang perlu di masak mengikut bekalan bahan mentah yang terdapat di sesuatu kawasan kem. Sedap atau tidak bergantung kepada pengusaha dewan makan. Bagi yang vegetarian dan alergik makanan atau tidak boleh makan makanan tertentu mengikut kepercayaan agama, kaunter khas disediakan. Makanan dan minuman disediakan 6 kali sehari.

08 December 2008

Keadaan Tempat Tinggal

Semua pihak pengusaha kem telah cuba memperbaiki keadaan di dalam kem masing-masing ke tahap yang paling baik. Setiap kem telah diperiksa oleh wakil dari JLKN untuk memastikan kem latihan mecapai standard yang di tetapkan. Pemeriksaan dijalankan meliputi keselamatan bentuk muka bumi, kawasan latihan, tempat tinggal dan dewan makan. Kawasan latihan hanya akan digunakan sekiranya kawasan tersebut telah mendapat kelulusan pihak JLKN. Bagi keselesaan dan keselamatan pelatih, pihak kem menyediakan kipas, televisyen extendtion, pengecas telefon, sterika, water cooler, bilik rehat, indoor game, padang permainan, kawasan dorm yang selesa dan banyak lagi.

Logistik

Masalah pengangkutan sewaktu para pelatih melapor di pick-up point (pusat pengambilan pelatih).

Bagi urusan pengangkutan pelatih ke kem-kem latihan semenjak siri ke 4, masalah ini tidak timbul lagi. Semua penyelaras dan jurulatih pengiring membuka kaunter seawal jam 7 pagi dan akan melaporkan kepada bilik gerakan setiap kem keadaan semasa yang berlaku di pick up point. Jurulatih pengiring akan memeriksa keadaan bas dan pemandu agar tidak ada masalah semasa dalam perjalanan ke kem. Sekiranya berlaku kerosakan pengiring pelatih akan memaklumkan bilik gerakan dan pengangkutan baru akan disediakan oleh pihak pengusaha pengangkutan. Pelatih diberikan duit poket sebelum perjalanan ke kem. Bagi pengangkutan kapal terbang dan feri, turut disediakan, Air Asia adalah syarikat penerbangan yang akan membawa pelatih. Masalah kelewatan penerbangan adalah bidangkuasa syarikat ini.

21 November 2008

Memburuk-burukkan Kem

Handphone yang di bawa pelatih seharusnya dijadikan kemudahan untuk pelatih berhubung dengan keluarga. Namun, teknologi juga membawa keburukan, ada pelatih yang menggunakan handphone mengambil gambar yang tidak sepatutnya keadaan dalam kem dengan sengaja diada-adakan sehingga memburukkan imej kem di luar.

20 November 2008

Puasa di Kem

Sejak kumpulan 3 siri 5 2008, pelatih berada di kem pada bulan Ramadhan. Maka pelatih beragama Islam menunaikan kewajipan ini di kem. Mereka juga wajib menunaikan solat terawih secara berjemaah. Bagi agama lain,mereka akan meneruskan aktiviti sseperti hari-hari sebelumnya. Aktiviti latihan, terutama fizikal dikurangkan dan hanya menjalankan latihan ringan sahaja. Bagi aktiviti dalam kelas dan ceramah ia dijalankan seperti biasa.

19 November 2008

Ada di kalangan pelatih yang membawa telefon yang canggih ke kem berkongsi dengan kawan-kawan video negatif yang terdapat dalam handphone mereka. Selain itu ada yang merakam gambar-gambar yang tidak sepatutnya. Handphone yang di bawa pelatih seharusnya dijadikan kemudahan untuk pelatih berhubung dengan keluarga. Namun, sikap pelatih itu sendiri menjadikan teknologi satu keburukan, ada pelatih mengambil gambar yang tidak sepatutnya dan menyebar gambar itu ke luar kem. Ia membawa kesan yang tidak baik kepada pelatih dan kem PLKN.

17 November 2008

Jurulatih tak Berkualiti?

Para jurulatih yang mengajar dalam kem-kem telah melalui latihan-latihan yang telah ditetapkan oleh JLKN. Ini termasuklah dari segi kemahiran mengajar, mengurus pelatih, dan cara berhadapan dengan karenah pelatih. Jurulatih akan menghadiri kursus dahulu sebelum diterima mengajar di kem-kem PLKN. Sekiranya berlaku kelemahan itu adalah dari individu dan tidak menggambarkan kesemua jurulatih PLKN di Negara ini.

15 November 2008

Aktiviti Berat

Bagi pelatih yang tidak yakin mampu membuat aktiviti berat mereka tidak akan dipaksa untuk melakukannya. Contohnya yang melibatkan tempat latihan yang tinggi dan keadaan psikologi pelatih yang tidak stabil. Tetapi, para pelatih jangan pula mengambil kesempatan ini untuk tidak membuat latihan.

11 November 2008

Drama dan Iklan

Untuk mempromosikan dan mendedahkan orang ramai kepada dunia PLKN. Mungkin pihak yang tidak faham apa itu PLKN akan tahu tentang PLKN dari drama yang berlatarbelakangkan PLKN. Sekarangpun, di media-media massa ada iklan tentang PLKN. Pastinya ia akan menarik minat para remaja apabila melihat iklan ini sekaligus satu pendedahan kepada mereka.

03 November 2008

Duta & Icon

Sebagi memantapkan lagi PLKN, Mejar Dr. Faiz telah dilantik menjadi duta PLKN. Angkasawan kedua Negara itu, pastinya menjadi idola kerana turut menyokong usaha murni kerajaan dalam PLKN ini. Wira dan wirawati terbaik setiap kem dari siri 1 hingga siri 5, pastinya telah memberikan contoh kepada remaja-remaja di luar kem. Disamping itu, ia juga membantu memperkenalkan PLKN agar dikenali umum.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Ziel | Penulis Blog Warna warni De' PLKN - Stonecool | Pelangi Kehidupan