Masalah pengangkutan sewaktu para pelatih melapor di pick-up point (pusat pengambilan pelatih).
Bagi urusan pengangkutan pelatih ke kem-kem latihan semenjak siri ke 4, masalah ini tidak timbul lagi. Semua penyelaras dan jurulatih pengiring membuka kaunter seawal jam 7 pagi dan akan melaporkan kepada bilik gerakan setiap kem keadaan semasa yang berlaku di pick up point. Jurulatih pengiring akan memeriksa keadaan bas dan pemandu agar tidak ada masalah semasa dalam perjalanan ke kem. Sekiranya berlaku kerosakan pengiring pelatih akan memaklumkan bilik gerakan dan pengangkutan baru akan disediakan oleh pihak pengusaha pengangkutan. Pelatih diberikan duit poket sebelum perjalanan ke kem. Bagi pengangkutan kapal terbang dan feri, turut disediakan, Air Asia adalah syarikat penerbangan yang akan membawa pelatih. Masalah kelewatan penerbangan adalah bidangkuasa syarikat ini.
08 December 2008
Logistik
8:19 PM
Stone_cooL
No comments
0 Komen Pembaca:
Post a Comment