Showing posts with label Modul Latihan. Show all posts
Showing posts with label Modul Latihan. Show all posts

05 November 2008

Program-Program Sampingan Modul PLKN

1. PROGRAM INTEGRASI

Dalam modul ini terdapat beberapa topik/tajuk yang dibincangkan. Antaranya ialah:
Kebudayaan – pendedahan mengenai pelbagai kebudayaan kaum yang terdapat di Malaysia. Antaranya ialah bahasa, kepercayaan, pakaian tradisional, makanan dan sebagainya. Pelatih juga diajar tentang persamaan dan perbezaan setiap kaum yang terdapat di Malaysia.
Keagamaan – Pendedahan mengenai pelbagai agama di Malaysia seperti Islam, Buddha, Hindu dan sebagainya. Selan daripada itu, pelatih juga didedahkan dengan pengetahuan prinsip-prinsip agama dan kepentingan ajaran dalam setiap agama. Para pelatih turut didedahkan dengan adat – adat seperti kematian, kelahiran serta perayaan pelbagai agama.
Peranan lelaki dan perempuan – pelatih didedahkan dengan peranan setiap diri wira dan wirawati dalam keluarga, masyarakat dan Negara. Pelatih turut didedahkan dengan ciri-ciri personaliti dari segi ilmu, kemahiran dan pengalaman. Pelatih turut digalakkan membuat perkongsian tentang pandangan peribadi berkenaan dengan jantina yang lain dari diri mereka.Contohnya, pandangan wira terhadap wirawati serta pandangan wirawati terhadap wira. Topik ini juga menggalakkan pelatih membuat kajian dan menilai orang lain untuk dijadikan role-model serta ikon kepada gaya hidup mereka kini.


2. PROGRAM PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA(PPSB)

Program dimulakan dengan sesi pengenalan PPSB dan suaikenal fasilitator untuk menambat minat para pelatih terhadap modul ini. Persembahan apresiasi puisi moden dan tradisional yang dilakukan oleh beberapa orang fasilitator pada sesi tunjukcara telah dapat menyuntik keyakinan untuk melaksanakan program ini dengan cemerlang.

Sebelum program bermula, KF menerangkan tentang matlamat PPSB. Antaranya memupuk minat dan apresiasi sastera dan budaya di kalangan generasi muda, memupuk semangat patriotisme, memperkukuhkan jati diri bangsa Malaysia dan lain-lain.

3. PROGRAM KESEDARAN HIV DAN AIDS

Pengenalan kepada HIV / AIDS dan pengenalan kepada penyakit-penyakit kelamin yang berkaitan dengan perhubungan seks secara rambang. Program dimulakan dengan penyampaian ceramah, diikuti oleh latihan dalam kumpulan yang berkaitan dengan HIV / AIDS. Modul / program ini merupakan salah satu program untuk kesedaran terhadap kesihatan remaja terutamanya dari segi penyakit yang berjangkit melalui perhubungan seks.


4. PROGRAM ANTIDADAH

Menyedari betapa bahayanya dadah kepada remaja PLKN turut mengadakan program pendedahan kepada pellatih betapa bahayanya penyalahgunaan dadah. Dijalankan oleh Majlis Anti Dadah Kebangsaan secara ceramah dan aktiviti latihan dalam kumpulan (LDK). Program dijalankan selama 2 hari di isi dengan pelbagai aktiviti yang menarik perhatian para pelatih selama dijalankan.

5. PROGRAM DERMA DARAH

Salah satu program yang termasuk dalam Modul Khidmat Komuniti. Memberi kesedaran kepada para pelatih salah satu niat murni yang perlu ada dalam jiwa remaja ialah keinginan untuk menderma kepada orang yang memerlukan terutama yang berada dalam kecemasan. Program ini turut diisi dengan aktiviti ceramah kesihatan.

6. PROGRAM MENEMBAK

Program yang memberi pendedahan kepada para pelatih tentang penggunaan senjata colt M16. Sebelum ke lapang sasar pelatih diberi taklimat penggunaan dan keselamatan ketika berada di lapang sasar.

7. PROGRAM KEROHANIAN

Aktiviti bercorak keagamaan yang dijalankan di dalam kem mengikut agama para pelatih masing-masing setiap malam khamis dam malam jumaat, Di samping menjalankan latihan para pelatih juga bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing.

MENARIK BUKAN? DI SAMPING MODUL-MODUL TERAS ANDA JUGA AKAN MELALUI PROGRAM-PROGRAM SAMPINGAN UNTUK MELENGKAPKAN PENGETAHUAN ANDA..

04 November 2008

Modul Latihan PLKN


1.MODUL FIZIKAL (SEPANJANG LATIHAN)

Dirangka untuk membina kemahiran dan ketahanan mental, emosi, spiritual dan fizikal bagi melahirkan warganegara yang berkesan. Melalui latihan-latihan yang diberikan, ia dapat mengeratkan perpaduan di kalangan peserta, mempertingkatkan ketabahan mental bagi tujuan hidup, daya kepimpinan, disiplin dalaman, keyakinan diri, kemahiran bekerja sebagai ahli satu pasukan, kemahiran menyelesaikan masalah, membuat keputusan secara individu dan berkumpulan.

Pada masa yang sama peserta akan dilatih oleh para jurulatih secara teori dan praktikal melalui aktiviti-aktiviti seperti kawad, kraf hutan, pertolongan cemas, kembara halangan,membaca peta & kompas, latihan pandu arah, menyeberang sungai, merempuh halangan, menggunakan aktiviti tali, merentas desa, seni mempertahankan diri, aktiviti air, senamrobik, kembara hutan dan lain-lain.


2.MODUL PEMBINAAN KARAKTER (MODUL PERTAMA)

Bermatlamat untuk membina karakter yang berkesan merangkumi diri, keluarga, komuniti dan Negara. Terdapat dua kompenen yang akan dilalui peserta. Pertama, berfokus kepada pembinaan diri dan kedua penekanan kepada diri dan orang lain.

Dalam kompenen pertama, peserta melalui proses penerokaan diri, memperkayakan kekuatan dan memulihkan kelemahan didi. Peserta menyedari tentang pengelibatan orang lain dalam kehidupan mereka mengetahui kemahiran untuk bekerja sebagai ahli stu pasukan, cara bertindak sebagai pemimpin dalam kumpulan, dan mengatasi masalah dalam kumpulan semasa melalui kompenen kedua modul ini.
Kedua-dua kompenen ini akan menjadikan pelatih menghayati tentang kejujuran, membuat piihan, bertanggungjawab, memimpin, menunaikan janji (komitmen) dan membina keyakinan diri.


3.MODUL KENEGARAAN (MODUL KEDUA)

Bertujuan untuk memperluaskan pengetahuan kenegaraan (nation building) dan meninkatkan perasaan cinta serta pengorabanan kepada Negara. Penyampaian dibuat secara Latihan Dinamika Kumpulan (LDK) iaitu jurulatih akan memimpin kumpulan untuk mempelajari tentang kenegaraan yang merangkumi tanah air, rakyat, kerajaan dan kedaulatan serta cabaran-cabaran dalam dan luar Negara.

Melalui elemen tanah air, peserta akan dibantu membina serta memupuk rasa sayang kepada tanah air dan snggup mempertahankanya. Peserta berbincang tentang negara ini dari aspek geografi keindahan bumi ini, hasilnya, sempadan, dan lain-lain. Peserta dapat mengetahui asal usul pelbagai ras, etnik, dan membina rasa sayang sesama sesama etnik dan antara etnik, memahami kepentingan bersatu-padu melalui aktiviti seperti menganalisis fakta tentang etnik, mengharmonikan perbezaan, memahami persamaan dan sebagainya melalui elemen rakyat.

Elemen kerajaan pula membantu peserta memahami bagaimana Negara (tanahair, rakyat,kedaulatan) ini ditadbir dan diurus, melalui sistem pentadbiran, undang-undang, perlembagaan dan lain-lain. Peserta memahami kepentingan dan cara untuk mempertahankan kebebasan Negara melalui elemen kedaulatan. Cabaran dari dalam dan luar Negara juga diperbincangkan supaya peserta menyedari peluang dan ancaman yang dating secara berterusan.


4.MODUL KHIDMAT KOMUNITI (DISELANGSELIKAN DENGAN MODUL KENEGARAAN SETIAP MINGGU)


Mempertingkatkan semangat kesukarelaan di kalangan peserta. Para peserta akan didedahkan mengensi konsep kejiranan, khidmat sosial, penempatan agensi, alam sekitar dan kemudahan awam. Aktiviti sukarela yang dijalankan adalah seperti mengkaji keadaan di lokasi tema-tema tersebut, mengenalpasti masalah-masalah yang ada, memberi cadangan, membuat kerja pembaikan, pembersihan, penceriaan, pengindahan dan lain-lain.

Bagi tema kejiranan perkhidmatan sukarela dijalankan untuk keluarga atau penduduk di kawasan perumahan, kampong, ladang, rumah panjang orang asli, FELDA dan lain-lain. Sumbangan kerja sukarela dalam perkhidmatan social meliputi aspek kesihatan, pendidikan, kebajikan, perumahan dan sebagainya dalam organisasi, institusi, pertubuhan kerajaan ataupun badan bukan kerajaan.

Bagi alam sekitar pula, peserta membantu memulihara alam sekitar termasuklah hutan, sungai, kawasan pertanian, penternakan, perindustrian, pantai dan sebagainya. Kerja sukarela juga dilakukan ke atas kemudahan awam yang disediakan seperti taman rekreasi, pasar, stesen bas, kereta api,lif, taman permainan, tandas awam, pondok telefon, dewan orang ramai dan lain – lain.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Ziel | Penulis Blog Warna warni De' PLKN - Stonecool | Pelangi Kehidupan