Showing posts with label Jurnal Admin. Show all posts
Showing posts with label Jurnal Admin. Show all posts

26 April 2012

Letak Nama Ye..(^_^)


Assalammualaikum..Hi..Semua yang membaca blog ni..!!! terima kasih banyak-banyak Stone Cool ucapkan.. Atas sokongan semua, blog ni masih hidup.. oh, ya..Ziel juga sampaikan salam kat anda semua..

Sebenarnya di sini, Stone cool nak bagi sedikit cadangan pada anda yang rajin membaca blog ni..Kalau boleh kan, bila anda nak tanya soalan kat Stone Cool, anda letaklah nama bagi memudahkan StoneCool menjawab soalan-soalan anda.. Kalau pakai "anonymous" tu, mungkin pembaca lain akan keliru untuk siapa sebenarnya StoneCool jawab..


Apa kata anda letakkan nama anda yang cantik tu sebagai pengenalan agar StoneCool tau sapa yang hantar soalan tu..jangan risau,StoneCool ni tak makan orang..StoneCool pun manusia juga..Hehe..

Ok, itu je pagi-pagi ni..Thanks all..

17 June 2011

Freshie!

Assalammualaikum..
Hari ni baru ada masa untuk update blog ni..
Stonecool agak kesuntukan masa untuk membuka dan update entri-entri dalam ni..
Minta Maaf semua ye..


13 August 2010

Salam Ramadhan Al-Mubarak


Assalammualaikum..


Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, STONECOOL ingin mengucapkan salam Ramadhan buat semua yang beragama Islam..Buat bekas-bekas pelatih, bakal pelatih ataupun jurulatih yang sentiasa menyokong Blog PLKN ini.

Buat adik-adik yang masih berada dalam kem ketika bulan Ramadhan ini, jangan risau..latihan tidak akan sebrerat sebelum ni, ada kelonggaran..Kawad akan dibatalkan dan andainya masih diteruskan, bukanlah seperti selalu di padang kawad. Kebiasaannya akan diadakan di dalam dewan. Jadi, anda tak perlu berpanas dan kehausan ketika berkawad. Bagi pelatih perempuan, inilah masanya anda kembalikan 'kecerahan' kulit anda yang dibakar matahari sebelum ini. (pelatih lelaki pun boleh juga..hehe)

Bulan Ramadahan ini mengajar kita bersabar menghadapi cabaran yang datang. Pesanan saya, walaupun terasa berat untuk kita melakukan sesuatu,cuba elakkan dari merungut, kerana ia akan mengurangkan pahala dalam kita berpuasa. Di bulan yang mulia ini, kita bukan sahaja menjaga makan dan minum tetapi juga, mata,hidung, telinga dan paling penting mulut kita. Haa..jangan mengumpat atau memfitnah, besar dosanya..

Nampaknya cukup sekadar itu sahaja, STONECOOL pun dah penat membebel ni, nak bersiap untuk solat lagi. Apa-apa pun,selamat berpuasa buat semua.

Satu Hasrat Satu Semangat Satu Tekad Satu Malaysia

s/c: Puasa..1 Amalan..Sebagai mana yang diperintahkan..

30 June 2010

Terima Kasih/Syukran/Arigato


Apa khabar semua? Sudah begitu lama tiada update di dalam blog ini kan? bukannya apa..admin blog begitu sibuk sehinggakan tidak dapat menambah entri baru..

Terima kasih buat semua yang support blog ini..Sehingga waktu entri ini ditulis, seramai 16249 pengunjung Blog ini..

Jumlah Followers juga semakin bertambah..sehingga kini, seramai 20 orang followers blog ini..Terima kasih banyak-banyak..

Tujuan Blog ini ditubuhkan adalah untuk memberi sedikit sebanyak info kepada bakal pelatih khususnya dan semua lapisan masyarakat umumnya. Disamping itu,anda juga boleh download pelbagai borang penting especially kepada peserta PLKN. Diakui, semua borang ini boleh didapati di website rasmi Jabatan Latihan Khidmat Negara, namun kadangkala terlalu ramai pengunjung menyebabkan website tersebut menjadi sesak dan begitu sukar untuk dilawati. Dengan adanya blog ini, sedikit sebanyak dapat memudahkan bakal peserta PLKN.

Selain itu,bekas pelatih juga boleh berkongsi kenangan 3 bulan di PLKN mereka melalui blog ini..sehingga kini,terlalu ramai yang menghantar email ke stone_cool2020@yahoo.com namun atas sebab tertentu, masih belum dapat di siarkan cerita-cerita tersebut..Harap Maaf..

Sekiranya ada sebarang kemusykilan berhubung Blog ini, bolehlah menghantar email kepada admin, seperti yang tertera..
Terima Kasih, Admin, Warna Warni de' PLKN..

S/C: Terima Kasih Daun Keladi..


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Ziel | Penulis Blog Warna warni De' PLKN - Stonecool | Pelangi Kehidupan