Assalammualaikum..
Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, STONECOOL ingin mengucapkan salam Ramadhan buat semua yang beragama Islam..Buat bekas-bekas pelatih, bakal pelatih ataupun jurulatih yang sentiasa menyokong Blog PLKN ini.
Buat adik-adik yang masih berada dalam kem ketika bulan Ramadhan ini, jangan risau..latihan tidak akan sebrerat sebelum ni, ada kelonggaran..Kawad akan dibatalkan dan andainya masih diteruskan, bukanlah seperti selalu di padang kawad. Kebiasaannya akan diadakan di dalam dewan. Jadi, anda tak perlu berpanas dan kehausan ketika berkawad. Bagi pelatih perempuan, inilah masanya anda kembalikan 'kecerahan' kulit anda yang dibakar matahari sebelum ini. (pelatih lelaki pun boleh juga..hehe)
Bulan Ramadahan ini mengajar kita bersabar menghadapi cabaran yang datang. Pesanan saya, walaupun terasa berat untuk kita melakukan sesuatu,cuba elakkan dari merungut, kerana ia akan mengurangkan pahala dalam kita berpuasa. Di bulan yang mulia ini, kita bukan sahaja menjaga makan dan minum tetapi juga, mata,hidung, telinga dan paling penting mulut kita. Haa..jangan mengumpat atau memfitnah, besar dosanya..
Nampaknya cukup sekadar itu sahaja, STONECOOL pun dah penat membebel ni, nak bersiap untuk solat lagi. Apa-apa pun,selamat berpuasa buat semua.
Satu Hasrat Satu Semangat Satu Tekad Satu Malaysia
s/c: Puasa..1 Amalan..Sebagai mana yang diperintahkan..
0 Komen Pembaca:
Post a Comment