Showing posts with label Terpilih. Show all posts
Showing posts with label Terpilih. Show all posts

19 December 2009

Tips buat Bakal Pelatih PLKN

Tahniah diucapkan kepada anda yang terpilih menyertai Program Latihan Khidmat Negara. Jangan takut, jangan risau..semuanya akan baik-baik sahaja. Di sini, saya ingin kongsikan beberapa tips yang berguna untuk anda yang bakal menempuhi hidup di PLKN selama lebih kurang 3 bulan.

Sebelum Ke Kem PLKN

Ketika anda menerima surat dari Jabatan Latihan Khidmat Negara yang menyatakan anda terpilih untuk menyertai latihan PLKN, ia ada menyertakan beberapa perkara yang anda perlu lakukan dan senarai peralatan serta peraturan semasa berada di Kem latihan. Ada beberapa perkara yang anda harus lakukan sebelum bertolak ke kem.

1.Medical check-up di hospital dan klinik yang terpilih.

2. Buka Akaun di mana-mana cawangan Agro bank untuk elaun.

3.Buat persiapan dari segi pakaian dan peralatan yang perlu dibawa ke kem PLKN.(rujuk entri terpilih)

4. Lengkapkan borang yang dilampirkan bersama surat pemilihan anda. Pastikan borang diisi selengkapnya.

5. Bagi bakal pelatih lelaki, potong rambut seperti dalam gambar. Untuk menjimatkan masa di dalam kem. Tak perlu beratur.

6.Jaga kesihatan anda. Pastikan anda sihat sebelum ke kem PLKN.


Ketika Melapor Diri

Selepas melakukan persiapan dari rumah, tibalah waktunya dimana anda diminta melapor diri di tempat berkumpul yang telah ditentukan. Di sini ada beberapa langkah yang berguna untuk anda yang telah terpilih.

1. Pakai Pakaian yang sesuai ketika melapor diri. Jangan berpakaian ketat. Bagi yang tidak bertudung, Pakai la T-Shirt & Seluar Track serta berkasut. Dinasihatkan agar tidak memakai Jeans kerana di dalam kem, Jeans tidak dibenarkan.

2. Datang awal ke tempat berkumpul yang ditentukan. Pastikan anda membawa semua barang yang perlu. Jangan lupa juga untuk membawa borang pendaftaran yang telah lengkap diisi.

3.Paling penting, jangan lupa bawa Kad Pengenalan anda.

Semasa di Kem

1. Pastikan anda meminum air putih secukupnya. Lebih 8 gelas pun tidak menjadi masalah kerana anda akan kehilangan banyak air ketika melakukan aktiviti.

2. Jangan sesekali skip makan (Sarapan/Minum Pagi/ Makan Tengahari/ Minum Petang/ Makan Malam/Supper) kerana anda memerlukan tenaga yang secukupnya untuk melakukan aktiviti dan pihak pengurusan lebih tahu apa yang anda perlukan.

3. Dengar kata-kata jurulatih kerana merekalah 'ibu bapa' anda ketika berada di dalam kem.

4.Bersungguh-sungguh dalam melakukan aktiviti. Kalau boleh libatkan diri sebanyak yang mungkin dalam semua aktiviti. Peluang ini hanya datang sekali, so kalau anda lepaskan, rugi..

5. Bak kata pepatah 'berkawan biar seribu', carilah seberapa banyak kawan yang sama-sama mengikuti PLKN. Merekalah keluarga anda ketika masih di dalam kem. Jangan menyombong diri kerana semua pelatih adalah sama dan anda mungkin akan merindui mereka selepas tamat program PLKN.

6.Cuba tonjolkan diri dan kebolehan anda, mungkin ketika di luar, anda adalah seorang yang pasif tapi cuba untuk jadi seorang yang aktif di dalam kem. Beranikan diri untuk melakukan perkongsian terbuka, beri pendapat dan macam-macam lagi.

Ketika Tamat Latihan

Selepas tiga bulan, kini tibalah masanya dimana latihan yang anda jalani selama ini tamat. Anda akan dianugerahkan sijil dan juga dilabel sebagai bekas pelatih. Di sini, ada beberapa tips yang penting ketika tamat latihan dan sebelum bertolak pulang.

1. Selepas perbarisan tamat latihan, dan sebelum pulang pastikan anda telah menyusun semua barang yang anda bawa kembali di dalam beg anda. Pendek kata, semua barang milik anda. Pastikan tiada yang tertinggal kerana anda mungkin tidak akan dapat mengambilnya semula.

2. Pastikan anda mengembalikan barang yang sepatutnya dikembalikan pada pihak kem. Barang-barang tersebut adalah:-
-Pakaian celoreng (2 pasang)
-Tali Pinggang Medan (1 pasang)
-Boots (1 Pasang)
-Cadar (1 Helai)
-Selimut (1 Helai)

3. Jangan sesekali mengambil barang yang bukan milik anda. Contohnya, Pakaian orang lain, gayung di bilk mandi, baldi ataupun tilam dan bantal.

4. Ketika bertolak pulang, pastikan anda bangun dan bersiap awal. Jangan lupa menaiki bas yang betul!

Semoga 3 bulan di PLKN membawa 1001 kenangan dan pengalaman buat anda, bakal Wira & Wirawati!

01 December 2009

Semakan status peserta PLKN (2010)

Bagi yang terpilih menjalani latihan PLKN..Tahniah buat anda..namun bagi yang masih tidak tahu sama ada terpilih atau tidak, disini ada beberapa cara untuk anda menyemak nama anda sama ada terpilih atau tidak. Caranya begini..

1.Layari Laman Web Rasmi Jabatan Latihan Khidmat Negara.

2. Masukkan No. Kad Pengenalan anda. Contoh:- 920230159000

3. Klik 'cari'


Selain itu, anda juga boleh menyemak melalui SMS..caranya mudah sahaja..seperti berikut:-

1. Taip PLKNSEMAKNo.Kad Pengenalan dan hantar 15888

contoh :- PLKN SEMAK 921234567890 dan hantar ke 15888

2. Jika anda terpilih, anda akan mendapat balasan SMS seperti berikut:-

"Tahniah! 921234567890 NURUL IZZATI BINTI ABDUL AZIZ terpilih menyertai PLKN Siri 7/2010"

3. Sekiranya anda tidak terpilih, anda akan mendapat balasan SMS seperti berikut:-

"Maaf! 921234567890 tidak dipilih untuk menyertai PLKN Siri 7/2010. Terima Kasih."

Selain melalui dua cara di atas, anda juga boleh menyemak nama anda di dalam surat khabar Utusan Malaysia, the Star dan beberapa lagi Surat Khabar yang menyenaraikan nama-nama pelatih.


06 December 2008

Tahniah,anda terpilih untuk mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)!

Tentu sahaja ada dikalangan pembaca remaja telah ditawarkan mengikutii latihan di kem-kem seluruh Negara. Namun, bukan semua gembira menerima berita ini, apatah lagi jika tidak pernah meninggalkan keluarga selama 3 bulan. Bagi yang suka, ia tidak menjadi masalah sebab ini adalh peluang yang di tunggu-tunggu untuka menambahkan pengetahuan.

Anda sudah melalui zaman persekolahan selama 11 tahun, banyak yang anda pelajari merangkumi sahsiah dan ilmu. Memasuki suasana kem pastinya agak asing. Kalau sudah terpilih, terpulang kepada anda sama ada hendak melapor atau tidak. Tapi kalau tak melapor memang anda akan di dakwa,denda ataupun penjara.bukan ugutan tapi memang kenyataan. Apalah masalahnya, dah puluhan ribu orang tamat latihan dan dah sampai siri ke 5 pun,kalaupun terjadi benda yang tidak di ingini, pastinya usaha sedaya upaya telah di buat untuk memperbaiki keadaan.

Bila lagi anda hendak belajar berdikari? Seharusnya pada usia 17 atau 18 tahun anda sudah berani menghadapi pelbagai situasi sama ada sakit, sedih, benci, penat dan bemacam istilah yang digelar kepayahan. Jikalau anda sudah Berjaya mengharungi dugaan ini sedikitpun, anda adalah orang yang hebat kerana anda tidak pernah mengharap orang lain selalu membantu anda di saat-saat seperti ini.
Jangan pula anda mengamuk tak tentu pasal bila mendapat surat masuk PLKN. Jangan juga menyalahkan, merungut, mengkritik dan menyalahkan kerajaan sebab memilih anda ke PLKN. Ada hikmahnya yang mungkin kita tidak ketahui dan kerajaan dengan dasarnya pasti telah merangka strategi yang terbaik untuk remaja di Negara ini.

Tapi.. why me?? Mesti ada yang berfikir macam ini. Sekiranya anda sudah terpilih, jangan sakit hati, menyalahkan orang lain atau salahkan diri sendiri merenung kekurangan diri mengapa aku masuk PLKN. Cuba keluar dari kotak pemikiran lama anda, cuba cabar diri anda dengan perkara yang selama ini anda tidak pernah lakukan. Lihat sejauhmana diri anda yang pernah jadi yang terbaik di sekolah itu tahan menghadapi cabaran yang baru sedikit dalam kem.

Kerapkali kita cuba menyalahkan orang yang sebabkan kita jadi seperti yang kita tidak ingini. Mengapa anda tidak tukar perkataan menyalahkan itu kepada inilah yang terbaik.. memang bukan senang. Tapi, kalau anda sebagai remaja tidak cuba memperbaiki imej remaja Malaysia yang kian dikelilingi gejala sosial ini siapa lagi? PLKN inilah yang cuba menyokong usaha anda untuk memperbaiki imej ini. Alangkah hebatnya jika anda mampu menjadi remaja berkualiti setelah keluar dari PLKN nanti. Siapa lagi hendak kita harapkan pula mempertahankan Negara, kalau bukan anda?

Mempertahankan Negara bukan sekadar definisi kolot dengan mengangkat senjata, tetapi lebih luas dari itu, apa yang anda mampu pertahankan sekiranya Negara kita di ancam kedaulatannya? Adakah kita kena mengupah orang luar? Mengharap remaja yang berlari pun tak larat? Atau yang individualistik, selalu bermegah dengan kekayaan?

Kepada yang sudah terpilih... mudah sahaja, sama ada budak baik atau budak suka buat suka hati. Apabila anda berhadapan dengan cabaran, pilihlah yang mana memberi kebaikan kepada anda walaupun anda kena bersusah payah sedikit. Dalam hidup kita tidak akan selamanya senang.

Selalulah mencari perkara yang membolehkan kita mempelajari sesuatu, kerana dalam apa keadaanpun pasti ada pengajaran yang hanya terdapat dalam di satu-satu tempat sahaja. Ia pasti menyedarkan dan membantu anda menjadi lebih baik. Apa pun yang anda lakukan, sama ada dalam kem atau luar kem,semuanya bergantung kepada diri anda sendiri.

SEMOGA BERJAYA !

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Ziel | Penulis Blog Warna warni De' PLKN - Stonecool | Pelangi Kehidupan