19 December 2009

Tips buat Bakal Pelatih PLKN

Tahniah diucapkan kepada anda yang terpilih menyertai Program Latihan Khidmat Negara. Jangan takut, jangan risau..semuanya akan baik-baik sahaja. Di sini, saya ingin kongsikan beberapa tips yang berguna untuk anda yang bakal menempuhi hidup di PLKN selama lebih kurang 3 bulan.

Sebelum Ke Kem PLKN

Ketika anda menerima surat dari Jabatan Latihan Khidmat Negara yang menyatakan anda terpilih untuk menyertai latihan PLKN, ia ada menyertakan beberapa perkara yang anda perlu lakukan dan senarai peralatan serta peraturan semasa berada di Kem latihan. Ada beberapa perkara yang anda harus lakukan sebelum bertolak ke kem.

1.Medical check-up di hospital dan klinik yang terpilih.

2. Buka Akaun di mana-mana cawangan Agro bank untuk elaun.

3.Buat persiapan dari segi pakaian dan peralatan yang perlu dibawa ke kem PLKN.(rujuk entri terpilih)

4. Lengkapkan borang yang dilampirkan bersama surat pemilihan anda. Pastikan borang diisi selengkapnya.

5. Bagi bakal pelatih lelaki, potong rambut seperti dalam gambar. Untuk menjimatkan masa di dalam kem. Tak perlu beratur.

6.Jaga kesihatan anda. Pastikan anda sihat sebelum ke kem PLKN.


Ketika Melapor Diri

Selepas melakukan persiapan dari rumah, tibalah waktunya dimana anda diminta melapor diri di tempat berkumpul yang telah ditentukan. Di sini ada beberapa langkah yang berguna untuk anda yang telah terpilih.

1. Pakai Pakaian yang sesuai ketika melapor diri. Jangan berpakaian ketat. Bagi yang tidak bertudung, Pakai la T-Shirt & Seluar Track serta berkasut. Dinasihatkan agar tidak memakai Jeans kerana di dalam kem, Jeans tidak dibenarkan.

2. Datang awal ke tempat berkumpul yang ditentukan. Pastikan anda membawa semua barang yang perlu. Jangan lupa juga untuk membawa borang pendaftaran yang telah lengkap diisi.

3.Paling penting, jangan lupa bawa Kad Pengenalan anda.

Semasa di Kem

1. Pastikan anda meminum air putih secukupnya. Lebih 8 gelas pun tidak menjadi masalah kerana anda akan kehilangan banyak air ketika melakukan aktiviti.

2. Jangan sesekali skip makan (Sarapan/Minum Pagi/ Makan Tengahari/ Minum Petang/ Makan Malam/Supper) kerana anda memerlukan tenaga yang secukupnya untuk melakukan aktiviti dan pihak pengurusan lebih tahu apa yang anda perlukan.

3. Dengar kata-kata jurulatih kerana merekalah 'ibu bapa' anda ketika berada di dalam kem.

4.Bersungguh-sungguh dalam melakukan aktiviti. Kalau boleh libatkan diri sebanyak yang mungkin dalam semua aktiviti. Peluang ini hanya datang sekali, so kalau anda lepaskan, rugi..

5. Bak kata pepatah 'berkawan biar seribu', carilah seberapa banyak kawan yang sama-sama mengikuti PLKN. Merekalah keluarga anda ketika masih di dalam kem. Jangan menyombong diri kerana semua pelatih adalah sama dan anda mungkin akan merindui mereka selepas tamat program PLKN.

6.Cuba tonjolkan diri dan kebolehan anda, mungkin ketika di luar, anda adalah seorang yang pasif tapi cuba untuk jadi seorang yang aktif di dalam kem. Beranikan diri untuk melakukan perkongsian terbuka, beri pendapat dan macam-macam lagi.

Ketika Tamat Latihan

Selepas tiga bulan, kini tibalah masanya dimana latihan yang anda jalani selama ini tamat. Anda akan dianugerahkan sijil dan juga dilabel sebagai bekas pelatih. Di sini, ada beberapa tips yang penting ketika tamat latihan dan sebelum bertolak pulang.

1. Selepas perbarisan tamat latihan, dan sebelum pulang pastikan anda telah menyusun semua barang yang anda bawa kembali di dalam beg anda. Pendek kata, semua barang milik anda. Pastikan tiada yang tertinggal kerana anda mungkin tidak akan dapat mengambilnya semula.

2. Pastikan anda mengembalikan barang yang sepatutnya dikembalikan pada pihak kem. Barang-barang tersebut adalah:-
-Pakaian celoreng (2 pasang)
-Tali Pinggang Medan (1 pasang)
-Boots (1 Pasang)
-Cadar (1 Helai)
-Selimut (1 Helai)

3. Jangan sesekali mengambil barang yang bukan milik anda. Contohnya, Pakaian orang lain, gayung di bilk mandi, baldi ataupun tilam dan bantal.

4. Ketika bertolak pulang, pastikan anda bangun dan bersiap awal. Jangan lupa menaiki bas yang betul!

Semoga 3 bulan di PLKN membawa 1001 kenangan dan pengalaman buat anda, bakal Wira & Wirawati!

27 Komen Pembaca:

Tyma Zamzury said...

assalamualaikum,!
pemilik blog warna warni de'plkn..
saya nk tny..pelatih perempuan islam d'wajibkan pakai tudung ke masa di kem?

Stone_cooL said...

Waalaikumsalam..

tidak..semua wajib bertudung ketika perbarisan komandan dan kawad sahaja..

Anonymous said...

baldi d'sdiakn or bwa sndri??

Stone_cooL said...

baldi kena bawa sendiri..untuk cuci pakaian dan sebagainya..

Anonymous said...

plth prmpuan islm time dftr kne pkei bju per??

Anonymous said...

time dftr plth prempuan kne pkei bju pe..

Anonymous said...

hi sy nak tanye mmg wajib ke kne bwk beg sandang selain beg pakaian yg 4 sure kne bwk?

Stone_cooL said...

beg sandang, tidak semestinya..cuma dibolehkan..

pkaian sopan..=)

Dorayakee Kentuckee said...

calon lelaki diwajibkan memakai pakaian berkolar??

Stone_cooL said...

yup..perlu pkai yg berkolar..

Anonymous said...

assalamualaikum..
nanti kat plk,boleh bawa maknan ringan x?
takut la kalau ade spot check. nanti org tu kata x boleh bawa/makan

Stone_cooL said...

boleh bawa..tidak ada dalam peraturan tak boleh..tapi jangan la bawa banyak sangat..sebab bkn nak pergi bercuti kn?

Wafiuddin KAWAII said...

err nak tanyer- sebelum pegi nak kene potong rambut botak kee ape??

Anonymous said...

salam ..sy cOnfius skrg ..sy nk prgi plkn da xlma lgi ..kwn2 sy ckp xprlu bwk bldi ..tpi stOne_cOOl plk ckp prlu bwk bldi ..mne stu btOl nie ..??? nk kna bwk @ tdk ..???

Stone_cooL said...

wafiuddin: terpulang..kalu tak potong pun, kat kem nanti kena potong juga..better buat persediaan awal,kn?

Anynomous: utk letak pakaian kotor..dan mencuci..terpulang la kalu tak mau bawak, ada juga kat kem disediakan..kedai pun ada rasanya, so boleh beli kalau perlu..

faye fei said...

Hi! nak tanya..saya bekas pelatih siri 8 kumpulan 1/2011..
ada kemungkinan tak, saya akan dpt tawaran lagi utk kali ke-2

Anonymous said...

salam.boleh bwak hp ke ek?

kimmy said...

hyee...rokok blh bwk tak..??hehe

EyraHunny said...

saya bakal pelatih PLKN siri 10/2013.... bila saya thu bila n d mna sya akn dtempatkan nnti??

Stone_cooL said...

Faye fai: takde kot,beri peluang adik2 pula,tapi tak tahu la kalu ada arahan baru,

hp boleh bawa,nti nk call family,mcm mana?

Kimmy:boleh kalu nk kena denda,hehe,ala cuba la tahan kejap je,3 bulan tnpa rokok,mungkin blh stop terus,

eyrahunny:selalunya 2 minggu sebelum kump 1.2.3 masuk,

J.Wong said...

Salam. Bolehkah perempuan orang cina rambut yang berwarna kah? contohnya berwarna brown colour punya

J.Wong said...

Salam. Bolehkah perempuan orang cina rambut yang berwarna kah? contohnya brown colour punya yang seperti biasa dalam sosial

Anonymous said...

salam kat kem ade jual topup ke__ hehe

Stone_cooL said...

J.Wong: Itu, saya tidak pasti..tetapi kem saya dulu semua wajib rambut hitam..ada yang kena warnakan hitam semula..tapi kem lain saya tidak pasti..sila rujuk perturan Kem untuk kepastian..terima kasih..

Tidak dikenali: sila rujuk post ini: http://warnaplkn.blogspot.com/2008/11/koperasi-dan-kedai.html

Anonymous said...

waktu nk pergi lapor diri lelaki nk kena pakai baju apa ya??

Anonymous said...

assalamualaikum , nak tanya . yang medical check-up tuu . memang wajib ke pergi ?

Anonymous said...

nak kene medical check up gak ke? dlm surat kate takyah klau takde suspect penyakit2 teruk..

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Ziel | Penulis Blog Warna warni De' PLKN - Stonecool | Pelangi Kehidupan