Showing posts with label PLKN sana sini. Show all posts
Showing posts with label PLKN sana sini. Show all posts

05 October 2010

Perjumpaan Bekas Pelatih PLKN 2004-2010

Semua bekas pelatih PLKN kem seluruh negara adalah dijemput untuk menghadirkan diri ke satu Majlis Perjumpaan Semula pelatih-pelatih di Kem PLKN seluruh negara pada 09 Oktober 2010 pada pukul 10.00 pagi. Tujuan sebenar perjumpaan ini diadakan adalah untuk mencari sekretariat untuk setiap negeri disamping mengimbas kembali kenangan semasa berada di kem latihan tersebut. Semua pelatih adalah dialu-alukan. sekiranya anda tidak dapat kembali ke kem anda sebelum ini, anda boleh ke kem yang berdekatan. Pengangkutan disediakan namun anda perlu bergerak ke tempat pengambilan.

terdapat beberapa kem yang telah ditutup dan tidak beroperasi lagi. Antaranya adalah:-

1.Kem Kubena, Sipitang, Sabah
2.Kem Rachado Bay, N.Sembilan
3.Kem Peladang Setiu Agro Resort, Terengganu
4.Kem Chamang, Pahang
5.Kem Bakau Resort, Terengganu
6.Kem Beringin Beach Resort, Kedah
7. Kem Kisana Beach Resort, Kelantan
8.Kem D'Jelapang, Kedah
9.Kem Khidmat Negara Kg. Baru (L)Air Tawar,Perak
10.Kem Gardenia, Kedah

Selain daripada itu, kem-kem PLKN masih di buka.Pick Up point di sediakan di beberapa tempat. Untuk Maklumat lanjut,hubungi:-
Unit Sekretariat Alumni PLKN
03-4027 4000/4626
atau call center 03-4027 4773/4774/4776/4777/4779

05 May 2010

Kad Pintar PLKN- Identiti K.I.T.A


Pada 23 April lepas, telah diadakan pelancaran Kad Pintar PLKN..Menurut Menteri Pertahanan, kad ini merupakan identiti kepada bekas pelatih mahupun pelatih PLKN..


Kad ini adalah hasil kerjasama antara Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dan Koperasi Usahawan dan Pengguna Elektronik Kuala Lumpur Berhad (KoUpay)

Sebagai seorang bekas pelatih, ini merupakan sesuatu yang istimewa dan pastinya menjadi tanda bahawa anda pernah menjalani latihan PLKN. Pelbagai keistimewaan ditawarkan kepada pelatih yang memiliki kad ini..

Antaranya ialah :-

1.Mengeluarkan wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM)
2.Touch n' Go
3.Menjadi kad identiti bekas pelatih PLKN

Banyak lagi keistimewaan yang disediakan oleh kerajaan untuk pemilik kad pintar PLKN dan boleh dirujuk di laman web rasminya iaitu 1plkn.com

Walaupun keistimewaan tersebut lebih kepada pelatih yang berada di semenanjung Malaysia, namun tidak salah bagi pelatih yang berada di Sabah dan Sarawak untuk memilikinya..Jangan risau, kerana ianya anugerah kerajaan KHUSUS kepada yang terpilih ke PLKN sahaja..

Jadi, apa tunggu lagi..dapatkan Kad Pintar PLKN sekarang!!

S/C: Anugerah Terindah Yang Pernah Ku Miliki..

30 December 2009

Apa Kata Wanita





Kuala Lumpur 10 Januari 2010 – 2 orang jurulatih iaitu Cik Rosmawati binti Ahmad dan Puan Ramona binti Ramli masing-masing dari Kem PLKN Temasya Rimba Templer dan Kem PLKN Setia Ikhlas telah menjayakan rancangan “Apa Kata Wanita” yang diterbitkan secara langsung oleh pihak Radio dan Televisyen Malaysia (RTM). Objektif utama kehadiran mereka untuk mempromosikan kegiatan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Turut hadir menyerikan rancangan berkenaan ialah 10 orang wira dan 10 orang wirawati daripada Kem PLKN Temasya Rimba Templer.





Sumber: Jabatan Latihan Khidmat Negara

21 May 2009

bekas peserta PLKN akan dikumpul semula

KULIM 17 Mei - Semua 417,000 peserta yang telah menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sejak ia diperkenalkan kira-kira lima tahun lalu akan dikumpulkan semula melalui program khas selepas Jun ini.


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan susulan tersebut diambil bagi membolehkan kerajaan melihat sejauh mana keberkesanan pencapaian objektif PLKN.


Selain itu, katanya, pengumpulan semula bekas peserta program perlu dibuat bagi membolehkan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) menilai keberkesanan kos RM3.2 bilion yang dibelanjakan kerajaan untuk melatih para remaja terbabit.


"Tindakan susulan dengan mengumpul semula peserta ini cukup penting. Ini kerana ia bukan saja bagi memantau mereka yang sudah berada di alam kerjaya tetapi kita juga mahu dapatkan maklum balas untuk tujuan penambahbaikan bagi program seterusnya," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Kem PLKN Bukit Besar dekat sini hari ini.


Hadir sama pada lawatan berkenaan ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad; Ketua Pengarah JLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil; Ketua UMNO
Bahagian Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abd. Aziz Sheikh Fadzir dan Komandan Kem PLKN Bukit Besar, Mejar Azhar Awang.


Ahmad Zahid berkata, kerajaan juga menimbang untuk mewujudkan satu identiti khas kepada bekas pelatih terbabit bagi meningkatkan lagi imej positif masyarakat terhadap PLKN.
"Saya mahu melihat identiti yang harus ada pada diri mereka. Identiti ini bukanlah semata-mata personaliti tetapi kita perlu ada simbol tertentu bagi menggambarkan bahawa mereka adalah graduan PLKN," katanya.


Beliau memberitahu, bagi tujuan tersebut, pihak Lembaga Penasihat Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) telah diarahkan untuk mengadakan perbincangan dengan JLKN mewujudkan simbol khas PLKN dalam tempoh terdekat.


Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, kerajaan akan menubuhkan jawatan kuasa pemantau dan penasihat khas di kesemua 222 kawasan Parlimen dalam usaha memantapkan sistem latihan Khidmat Negara.


Katanya, jawatan kuasa itu terdiri daripada pemimpin masyarakat daripada pelbagai kaum yang boleh mendapatkan maklum balas ibu bapa serta para remaja.


"Penubuhan jawatan kuasa ini adalah sebagai usaha untuk membantu JLKN dalam merangka sistem latihan yang bersesuaian pada masa akan datang," ujarnya.


Ahmad Zahid menjelaskan, kerajaan juga akan melakukan penambahbaikan melibatkan pengubahsuaian kandungan dan penyampaian modul latihan PLKN memandangkan ia telah berlangsung kira-kira lima tahun.


"Kita akan semak semula modul latihan. Yang mana baik kita akan kekalkan sementara yang kurang sesuai, kita perlu ubah bagi memantapkan lagi program ini," katanya.


PLKN mula diperkenalkan pada tahun 2004 selepas Kabinet dalam mesyuaratnya pada 30 Oktober 2002 telah bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Mengenai Khidmat Negara.
Di bawah program berkenaan, para remaja terpilih yang berusia 18 tahun atau lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) perlu menjalani latihan selama 80 hari secara berasrama bagi memantapkan jati diri dan semangat patriotisme.

03 April 2009

Tarian Buluh terpanjang

SANDAKAN 8 Jun – Majlis Penutupan Program Latihan Khidmat Negara Kem Bagai Budi di sini hari ini mencatatkan sejarahnya sendiri apabila 216 pelatihnya menarikan tarian buluh (Mogunatip) terpanjang dan paling ramai penari untuk dicatatkan dalam The Malaysia Book of Records.

Sebanyak 102 buluh digunakan dalam tarian itu dengan sebahagian buluh digunakan untuk menjadi landasan sepanjang 77 meter dan sebahagian lagi sebagai buluh melintang.

Seramai 108 pelatih lelaki melagakan buluh yang melintang dan 108 lagi pelatih wanita menari di celah-celah bulu mengikut rentak dan irama bunyi buluh yang diragakan.

Tarian itu dipersembahkan selama 30 minit sebagai acara khas sempena penutupan majlis itu yang dirasmikan Menteri Belia dan Sukan negeri Datuk Liew Yun Fah.

Pelatih berkenaan menjalani latihan selama dua minggu untuk mempelajari tarian dan irama bunyi buluh yang dilagakan.

Bagi penari wanita mereka perlu lebih berhati-hati kerana jika silap langkah, kaki akan tersepit di celah buluh yang dilagakan.

Mogunatip merupakan satu tarian suku kaum Kadazan, Dusun dan Murut di Sabah dan biasanya hanya ditari oleh lapan hingga sepuluh orang.

– Bernama

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Ziel | Penulis Blog Warna warni De' PLKN - Stonecool | Pelangi Kehidupan