03 April 2009

Tarian Buluh terpanjang

SANDAKAN 8 Jun – Majlis Penutupan Program Latihan Khidmat Negara Kem Bagai Budi di sini hari ini mencatatkan sejarahnya sendiri apabila 216 pelatihnya menarikan tarian buluh (Mogunatip) terpanjang dan paling ramai penari untuk dicatatkan dalam The Malaysia Book of Records.

Sebanyak 102 buluh digunakan dalam tarian itu dengan sebahagian buluh digunakan untuk menjadi landasan sepanjang 77 meter dan sebahagian lagi sebagai buluh melintang.

Seramai 108 pelatih lelaki melagakan buluh yang melintang dan 108 lagi pelatih wanita menari di celah-celah bulu mengikut rentak dan irama bunyi buluh yang diragakan.

Tarian itu dipersembahkan selama 30 minit sebagai acara khas sempena penutupan majlis itu yang dirasmikan Menteri Belia dan Sukan negeri Datuk Liew Yun Fah.

Pelatih berkenaan menjalani latihan selama dua minggu untuk mempelajari tarian dan irama bunyi buluh yang dilagakan.

Bagi penari wanita mereka perlu lebih berhati-hati kerana jika silap langkah, kaki akan tersepit di celah buluh yang dilagakan.

Mogunatip merupakan satu tarian suku kaum Kadazan, Dusun dan Murut di Sabah dan biasanya hanya ditari oleh lapan hingga sepuluh orang.

– Bernama

0 Komen Pembaca:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Ziel | Penulis Blog Warna warni De' PLKN - Stonecool | Pelangi Kehidupan