- Tidak perlu membawa barang kemas atau perhiasan ke kem, kecuali anda memakai perhiasan atas sebab keagamaan itu dibolehkan. Pemakaian barangan ini hanya akan membawa masalah sewaktu latihan kerana takut berlaku kecederaan dan kehilangan.
- Setiap hari ada jurulatih bertugas yang akan memantau masalah-masalah pelatih. Sekiranya ada kecemasan maklumkan segera jurulatih yang paling hampir dengan anda. Setiap dorm pelatih dijaga oleh warden masing-masing dan akan menjalankan mesyuarat sebelum tidur untuk memastikan tiada masalah dikalangan pelatih.
- Pelatih yang sakit harus melaporkan kepada pihak medic,sakit yang mereka alami walaupun sakit ringan. Maklumkan jurulatih jika anda hendak ke klinik untuk memudahkan proses rawatan dan rawatan hanya boleh dijalankan dengan adanya jurulatih pengiring terutama bagi pelatih perempuan. Klinik di dalam kem menyediakan rawatan 24 jam dan ada jururawat dan pembantu perubatan yang bertugas sekiranya ada kecemasan berlaku di dalam kem. Bagi yang sakit teruk akan dihantar terus ke hospital dan bagi yang telah mendapat rawatan akan di beri cuti dari latihan sekiranya perlu. Ibubapa akan dimaklumkan jika anak mereka masuk wad, dipantau oleh seorang jurulatih dan diberikan handphone untuk memudahkan pelatih berhubung dengan keluarga.