Showing posts with label Corat Coret PLKN. Show all posts
Showing posts with label Corat Coret PLKN. Show all posts

09 March 2009

MINUM PAGI ADA BUAH-BUAHAN


Baru-baru ni seorang kawan bercerita perihal perubahan menu kat kem. Yang paling menarik menu minum pagi diubahsuai dengan penambahan buah-buahan di samping hidangan kuih muih. Suatu yang menarik bukan? Mungkin bekas pelatih dahulu ada yang komen minum pagi hanya seketul kuih dan segelas minuman panas tak berbaloi berjalan jauh ke dewan. Tapi dengan penambahan menu sebegini di kem tersebut pasti mengembirakan pelatih, kenyang juga agaknya. Lepas sejam setengah makan tengah hari pula. Namun yang penting khasiat dalam hidangan buah-buahan.

07 March 2009

CANTIKNYA WIRAWATI BERTUDUNG BIRU


Seronok sekali melihat para wirawati memakai tudung berwarna biru bermula kumpulan ini. Dahulu mereka dibekalkan tudung yang berwarna hitam. Tidak dinafikan juga ada kem yang masih menggunakan tudung hitam sekarang. Pemakaian tudung adalah wajib bagi pelatih muslim tapi tidak semua kem mewajibkannya. Ada yang menggalakkan sahaja para pelatih wirawati memakai tudung sewaktu latihan. Pertukaran warna tudung tersebut sedikit sebanyak mengurangkan rasa panas dirasai pelatih sewaktu latihan sebab warna hitam agak panas. mudah terasa pening apa lagi bagi yang migrain.




04 March 2009

AMANAH, DISIPLIN DAN KEJAYAAN


Pasti ada dikalangan anda yang menonton cerekarama bertajuk Platun satria TV3 sebulan lepas. Lima orang anak muda, yang baru lepas menduduki SPM diarah menjalani kursus Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Ia memaparkan pelbagai latarbelakang kehidupan. Ika dengan masalah hubungan dengan bapanya yang berkahwin lain. Shamsul dengan ego dan sombong sebagai anak orang kaya. Wong dengan masalah keluarga. Azman dengan jatidiri yang kurang serta Ratna yang dihimpit kemiskinan dan keadaan ibunya yang sakit.


Cerekarama ini suatu yang menarik untuk ditonton dan jalan ceritanya agak mudah dan boleh dijangka akhirnya. Ia suatu pendedahan yang baik kepada bakal pelatih dan masyarakat serba sedikit dunia PLKN itu. Bekas pelatih pula dapat mengimbas kenangan semasa latihan dahulu. Gambaran tentang pelatih, apa yang mereka alami, persekitaran tempat latihan dan apa yang mereka pelajari. Secara peribadi saya melihat cerekarama ini lebih kepada semangat setiakawan dan berlegar di sekitar isu-isu PLKN sekarang seperti status dan kekayaan, masalah kesihatan,menyara keluarga, masalah peribadi bakal pelatih dan keselamatan sewaktu latihan.



Namun, cerekarama ini tidaklah mengambarkan PLKN itu 100%. Cuma yang betul ialah apa keadaan sekalipun anda yang terpilih wajib hadir ke PLKN kecuali yang membuat penangguhan dan mendapat pengecualian. Yang paling tidak betul ialah percampuran jantina sewaktu latihan. Mana boleh naik tembok 12 kaki lelaki perempuan bercampur. Tidak sama sekali. Memanglah sekadar drama tapi dia pakai celoreng PLKN tu...rupa paras pelatih pula harus sesuai, rambut pendek bagi lelaki dan terikat kemas bagi perempuan.. sebab PLKN itu atas dasar amanah, disiplin dan kejayaan.. maksud saya masuk PLKN adalah amanah kerajaan untuk pelatih dididik sebaiknya dan disiplin menjadi teras utama. Dengan disiplin lah anak-anak bangsa kita akan menjayakan misi PLKN ini.



Maka, gambaran yang diberikan oleh apa saja media mestilah benar dan tepat barulah masyarakat mendapat gambaran sebaiknya. Barulah boleh menarik minat pelatih datang ke PLKN dan mengurangkan kebimbangan masyarakat tentang PLKN ini. Sebab kadangkala yang tidak datang melapor ke kem bukan atas masalah tidak suka tapi lebih kepada faktor-faktor lain seperti kebimbangan tentang sambung belajar, susah nak pulang, makanan dan lebih kepada komitmen peribadi selain tidak tahu apa itu PLKN.

02 March 2009

HARI TERBUKA KEM PLKN


Hari Terbuka Kem kumpulan 1 Siri 6 sudah berlalu.. aktiviti seperti ini wajar dijalankan sebab ia memberi peluang kepada keluarga pelatih mahupun orang awam melihat sendiri persekitaran kem dan mengetahui pencapaian anak-anak mereka di kem sewaktu latihan. Sewaktu hari terbuka ini pelawat dipersembahkan dengan persembahan di padang kawad dan juga di dewan makan yang dipersembahkan oleh para pelatih.

Apa yang saya ingin perkatakan di sini apabila hari terbuka ada saja komen tentang layanan kepada pelawat. Mungkin mereka datang dari jauh dan mengharapkan layanan yang sewajarnya, namun pihak kem pasti telah membuat yang terbaik untuk para pelawat. Sebab, persiapan telah dibuat seawal mungkin. Tempat duduk tidaklah berhawa dingin kerana ini adalah kem latihan anak-anak mereka. Dari segi jamuan makan, hanya disediakan jamuan ringan tapi kalau lebih dari itu, memang besarlah belanjanya memandangkan selera setiap individu itu berbeza, harap para pelawat faham keadaan ini.

Sekiranya pihak kem mengadakan sesi dialog bersama ibu bapa, harap ibubapa mengambil peluang ini untuk bertanya perkembangan anak mereka di kem dan segala persoalan yang mereka ingin tanya berdialoglah pada masa itu..sesi ini memberi banyak manafaat untuk kebaikan bersama.









Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Ziel | Penulis Blog Warna warni De' PLKN - Stonecool | Pelangi Kehidupan