Showing posts with label Download Pelbagai Borang. Show all posts
Showing posts with label Download Pelbagai Borang. Show all posts

25 August 2011

Pelatih Sukarela Siri 8/2011

Assalammualaikum..

Permohonan untuk menjadi pelatih Sukarela untuk Kumpulan 3 siri 8/2011 telah dibuka. Bagi yang berminat, anda boleh membuat permohonan sekarang dan ianya adalah untuk pelatih yang berumur 18 tahun atau yang lair pada tahun 1993 adalah digalakkan memohon.

Caranya adalah dengan mengisi borang permohonan dan hantarkan ke alamat Jabatan Latihan Khidmat Negara dengan segera.
Muat Turun Borang di JLKN ataupun Di sini

Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan pada 24 September 2011.

Borang (Terbaru)

                                              

Bagi anda yang menghadapi kesulitan untuk memuat turun borang dari Laman Web Rasmi JLKN, anda juga boleh memuat turun borang-borang penting itu di dalam  blog ini..



hantarkan ke:-


JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA
KEMENTERIAN PERTAHANAN,
ARAS 2-5,
BANGUNAN ZETRO
JALAN 9/27 C,
SEKSYEN 5, WANGSA MAJU,
53300 KUALA LUMPUR

01 August 2011

Borang tidak dapat di akses??

Assalammualaikum..

Stonecool ingin  mengucapkan selamat berpuasa buat semua pembaca blog ni.. Dalam kita berpuasa ni, macam-macam dugaan berlaku..Jadi sebagai umat Islam kita hendaklah sabar menghadapi dugaan tersebut. Di kesempatan ini juga Stonecool ingin memohon maaf atas kesilapan dalam penulisan blog ini. Ramai yang mengadu tentang borang yang tidak dapat di download. Tentang perkara ni, Stonecool ingin memohon maaf sekali lagi, kerana borang tersebut telah dipadam dari simpanan fail Ziddu. Di Laman Web JLKN juga tidak dapat di akses. Stonecool akan cuba membaikpulih link dalam blog ni untuk memudahkan anda mengaksesnya.

Sekian..

StoneCool

21 July 2009

Pelatih Sukarela 2010

Tahniah buat remaja yang terpilih menyertai PLKN siri 7/2010. Bagi yang tidak terpilih namun masih berminat untuk menyertai PLKN, anda boleh menjadi pelatih Sukarela asalkan menepati syarat-syaratnya. Dibawah ini ada beberapa panduan untuk menjadi pelatih sukarela.

Panduan permohonan:

1) Penyertaan sukarela hanya untuk kelahiran tahun 1991 dan 1992 sahaja.
2) Pemilihan peserta sukarela tertakluk kepada dasar JLKN.
3) Penyertaan peserta sukarela hanya dipertimbangkan untuk KUMPULAN 3 SIRI 7/2010 sahaja.
4) Pemilihan penempatan kem dibuat oleh JLKN.
5) Hanya calon yang terpilih sahaja akan dihubungi.
6) Permohonan ini boleh dihantar secara pos atau emel kepada sukarela@khidmatnegara.gov.my
7) Sebarang kemusykilan sila rujuk laman web JLKN

sekiranya berminat, isi borang permohonan dan hantar secepat mungkin.
Dapatkan borang di sini

07 July 2009

Download Borang Penting

Kadang-kadang Laman Web Rasmi Jabatan Latihan Khidmat Negara tak dapat nak masuk..mungkin kerana terlalu ramai pengunjung..jadi ia menyukarkan para peserta untuk memuat turun borang-borang yang diperlukan..namun di sini anda juga boleh memuat turun beberapa borang yang anda inginkan..cuma perlu click tajuk borang yang dikehendaki dan tunggu sehingga ia dimuat turun..borang-borang ini dalam format PDF..

-Borang Pendaftaran Peserta
-Borang Kebenaran Ibu Bapa
-Borang pemeriksaan Kesihatan
-Borang Perakuan Kesihatan
-Borang Penangguhan
-Borang Pembaharuan Penangguhan
-Borang Rayuan Penangguhan
-Borang pengecualian
-Borang Kemasukan Semula Pelatih Penangguhan
-Borang Pengendalian senjata Colt M16

selepas itu hantarkan ke:-

JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA
KEMENTERIAN PERTAHANAN
ARAS 2-5,
BANGUNAN ZETRO
JALAN 9/27 C,
SEKSYEN 5, WANGSA MAJU,
53300 KUALA LUMPUR

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Ziel | Penulis Blog Warna warni De' PLKN - Stonecool | Pelangi Kehidupan