21 July 2009

Pelatih Sukarela 2010

Tahniah buat remaja yang terpilih menyertai PLKN siri 7/2010. Bagi yang tidak terpilih namun masih berminat untuk menyertai PLKN, anda boleh menjadi pelatih Sukarela asalkan menepati syarat-syaratnya. Dibawah ini ada beberapa panduan untuk menjadi pelatih sukarela.

Panduan permohonan:

1) Penyertaan sukarela hanya untuk kelahiran tahun 1991 dan 1992 sahaja.
2) Pemilihan peserta sukarela tertakluk kepada dasar JLKN.
3) Penyertaan peserta sukarela hanya dipertimbangkan untuk KUMPULAN 3 SIRI 7/2010 sahaja.
4) Pemilihan penempatan kem dibuat oleh JLKN.
5) Hanya calon yang terpilih sahaja akan dihubungi.
6) Permohonan ini boleh dihantar secara pos atau emel kepada sukarela@khidmatnegara.gov.my
7) Sebarang kemusykilan sila rujuk laman web JLKN

sekiranya berminat, isi borang permohonan dan hantar secepat mungkin.
Dapatkan borang di sini

1 Komen Pembaca:

Anonymous said...

kenapa tak boleh nak register dekat forum PLKN?
saya nk mengadu tentang pekerja bangla bekerja di kem white resort penang sebagai tukang kebun & bahagian dapur.bukan diorg jadi JL dgn staff lah.dahlah tak ada permit.operator kem kamcing dgn pengarah JLKN,sb tu tutup mata.lepas tu,operator kem pandai,bila orang2 penting melawat kem,diorg tak bagi bangla ni kerja.sebab takut terkantoi.kalau tak percaya,tanyalah bekas2 pelatih plkn tahun ni,betul tak ada pekerja bangla.operator kem bayar gaji rm400 sebulan siapa yang sanggup.kerja dahlah tak tentu masa,sampai ke malam.bangla yg ada sekarang ni pun,dah tak sanggup,nak berhenti,operator kem tak bagi.haji mulut manis punya.sedangkan operator kem rumah macam istana dekat baling.ada kondo tepi gurney drive harga 14++juta..pakai kereta harga 1.6juta.nak kaya seorang diri.adakah berbaloi dengan gajikan orang dgn rm400 sebulan dengan kerja yang tak sesuai..kalau bahagian dapur tak cukup pekerja,yang jadi tukang kebun tolong?tahap kebersihan macam mana?dhlah dh ada 2kem PLKN.skrg di melaka,untuk pusat jurulatih kem PLKN.haji bakhil namanya ni..kalau cakap dekat staff JLKN kt KL pn,siapa mahu percaya haji hasbullah macam ni perangai..sebab korang dah kena suap macam2.sebab tu korang tak percaya.cubalah alami sendiri di sini.tak kenal,maka tak percaya.mula2 kenal,memanglah tengok baik,layan baik punya,lepas tu,rasa sendirilah macam mana..bulan puasa ni,bukan suka2 nak buat mulut pun..

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Ziel | Penulis Blog Warna warni De' PLKN - Stonecool | Pelangi Kehidupan