06 December 2008

Tahniah,anda terpilih untuk mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)!

Tentu sahaja ada dikalangan pembaca remaja telah ditawarkan mengikutii latihan di kem-kem seluruh Negara. Namun, bukan semua gembira menerima berita ini, apatah lagi jika tidak pernah meninggalkan keluarga selama 3 bulan. Bagi yang suka, ia tidak menjadi masalah sebab ini adalh peluang yang di tunggu-tunggu untuka menambahkan pengetahuan.

Anda sudah melalui zaman persekolahan selama 11 tahun, banyak yang anda pelajari merangkumi sahsiah dan ilmu. Memasuki suasana kem pastinya agak asing. Kalau sudah terpilih, terpulang kepada anda sama ada hendak melapor atau tidak. Tapi kalau tak melapor memang anda akan di dakwa,denda ataupun penjara.bukan ugutan tapi memang kenyataan. Apalah masalahnya, dah puluhan ribu orang tamat latihan dan dah sampai siri ke 5 pun,kalaupun terjadi benda yang tidak di ingini, pastinya usaha sedaya upaya telah di buat untuk memperbaiki keadaan.

Bila lagi anda hendak belajar berdikari? Seharusnya pada usia 17 atau 18 tahun anda sudah berani menghadapi pelbagai situasi sama ada sakit, sedih, benci, penat dan bemacam istilah yang digelar kepayahan. Jikalau anda sudah Berjaya mengharungi dugaan ini sedikitpun, anda adalah orang yang hebat kerana anda tidak pernah mengharap orang lain selalu membantu anda di saat-saat seperti ini.
Jangan pula anda mengamuk tak tentu pasal bila mendapat surat masuk PLKN. Jangan juga menyalahkan, merungut, mengkritik dan menyalahkan kerajaan sebab memilih anda ke PLKN. Ada hikmahnya yang mungkin kita tidak ketahui dan kerajaan dengan dasarnya pasti telah merangka strategi yang terbaik untuk remaja di Negara ini.

Tapi.. why me?? Mesti ada yang berfikir macam ini. Sekiranya anda sudah terpilih, jangan sakit hati, menyalahkan orang lain atau salahkan diri sendiri merenung kekurangan diri mengapa aku masuk PLKN. Cuba keluar dari kotak pemikiran lama anda, cuba cabar diri anda dengan perkara yang selama ini anda tidak pernah lakukan. Lihat sejauhmana diri anda yang pernah jadi yang terbaik di sekolah itu tahan menghadapi cabaran yang baru sedikit dalam kem.

Kerapkali kita cuba menyalahkan orang yang sebabkan kita jadi seperti yang kita tidak ingini. Mengapa anda tidak tukar perkataan menyalahkan itu kepada inilah yang terbaik.. memang bukan senang. Tapi, kalau anda sebagai remaja tidak cuba memperbaiki imej remaja Malaysia yang kian dikelilingi gejala sosial ini siapa lagi? PLKN inilah yang cuba menyokong usaha anda untuk memperbaiki imej ini. Alangkah hebatnya jika anda mampu menjadi remaja berkualiti setelah keluar dari PLKN nanti. Siapa lagi hendak kita harapkan pula mempertahankan Negara, kalau bukan anda?

Mempertahankan Negara bukan sekadar definisi kolot dengan mengangkat senjata, tetapi lebih luas dari itu, apa yang anda mampu pertahankan sekiranya Negara kita di ancam kedaulatannya? Adakah kita kena mengupah orang luar? Mengharap remaja yang berlari pun tak larat? Atau yang individualistik, selalu bermegah dengan kekayaan?

Kepada yang sudah terpilih... mudah sahaja, sama ada budak baik atau budak suka buat suka hati. Apabila anda berhadapan dengan cabaran, pilihlah yang mana memberi kebaikan kepada anda walaupun anda kena bersusah payah sedikit. Dalam hidup kita tidak akan selamanya senang.

Selalulah mencari perkara yang membolehkan kita mempelajari sesuatu, kerana dalam apa keadaanpun pasti ada pengajaran yang hanya terdapat dalam di satu-satu tempat sahaja. Ia pasti menyedarkan dan membantu anda menjadi lebih baik. Apa pun yang anda lakukan, sama ada dalam kem atau luar kem,semuanya bergantung kepada diri anda sendiri.

SEMOGA BERJAYA !

0 Komen Pembaca:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Ziel | Penulis Blog Warna warni De' PLKN - Stonecool | Pelangi Kehidupan