Sebuah Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kerahan Tenaga telah dibentuk dalam Mesyuarat Kabinet pada 30 Oktober 2002 untuk mengkaji keperluan perlaksanaan Kerahan Tenaga ini. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Y. B Menteri pertahanan dan dianggotai oleh 7 Menteri, seorang Penasihat perdana Menteri yang bertaraf menteri dan 5 timbalan Menteri.
Di dalam mesyuarat yang pertama padaa 12 November 2002 Jawatankuasa Kabinet mengenai Kerahan Tenaga telah menerima penggunaan istilah 'Khidmat Negara' bagi mengantikan istilah kerahan tenaga. Jawatankuasa Kabinet Mengenai Khidmat Negara (JKMKN) telah menubuhkan 4 Jawatankuasa kecil iaitu Jawatankuasa Kewangan, Jawatankuasa Kurikulum, Jawatankuasa Undang-undang dan Jawatankuasa Logistik bagi membantu jawatankuasa ini menyediakan perancangan dan menyelaraskan keperluan perlaksanaan Program Khidmat Negara.
Kabinet pada 28 Mei 2003 telah meluluskan cadangan perlaksanaan Program Latihan Khidmat Negara dan Akta Latihan Khidmat Negara 2003. Dewan rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Akta latihan Khidmat Negara pada 25 Jun 2003 manakala Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang ini pada 7 julai 2003.

9:49 PM
Stone_cooL
Posted in:
3 Komen Pembaca:
KENAPE LANGSUNG TAK PAPARKAN NAMA ORANG YANG TUBUHKAN?
PLKN ditubuhkan sebulat suara dengan persetujuan daripada kesemua jawatankuasa di dalam mesyuarat itu..
Info ni diambil dari webste rasmi JLKN..
Terima kasih sebab ajukan persoalan ni..Admin akan cari info dari semasa ke semasa..
PLKN ni under Tun Dr Mahathir ke?
Post a Comment