Sebenarnya latihan yang anda lalui di kem nanti adalah cabaran yang amat besar bagi para jurulatih. Bukan senang mahu mendidik anak orang dalam hanya 3 bulan sedangkan anda semua hidup di bawah penjagaan keluarga selama 17 tahun. Dalam PLKN pelatih dididik ibarat membuat kek icing yang paling baik dari segi rasa dan rupa.
Anda tahu dalam program ini anda mempunyai 4 modul teras yang utama. Fizikal; membina ketahanan. Pembinaan Karakter; sahsiah. Kenegaraan; patriotik. Komuniti; kemasyarakatan. Modul Fizikal, Pembinaan Karakter dan Kenegaraan merupakan bahan-bahan yang perlu di adun untuk membentuk remaja yang betul-betul faham tujuan perlaksanaan PLKN itu.
Adunan itu perlu dibuat sebaik mungkin sebab jika ada kekurangan dari bahan-bahan itu, maka akan buruklah rasa dan rupa kek yang akan dihasilkan. Sebab itulah perlaksanaan modul dijalankan mengikut kualiti yang ditetapkan kerana mahu memastikan hasil yang muncul nanti turut memuaskan.
Apabila kek sudah dihasilkan, lagi bagus jika dihias kek itu dengan icing berwarna warni agar menarik orang untuk memandang dan memujinya. Sebab itu Modul Khidmat Komuniti dijalankan. Pelatih sudah diterapkan pelbagai nilai dan ilmu dari 3 modul itu, jadi tiba masanya untuk mereka keluar berhadapan dengan masyarakat, menunjukkan inilah hasil dari PLKN. Pelatih pula mempraktikkan apa yang telah mereka belajar dari 3 modul itu.
Kek yang cantik perlu ditonjolkan kepada orang pula untuk menilainya sama ada ia di puji atau di keji. Sebab imej PLKN itu, dilihat dari pembawaan pelatih. Pelatih pula perlu menjadikan iktibar akan pandangan masyarakat apabila keluar di luar, tunjukkan kelebihan anda sebagi pelatih PLKN. Baru lah imej PLKN akan menjadi bertambah baik dari kaca mata masyarakat. Namun segala yang baik atau buruk jadikan pengalaman yang membantu anda untuk menjadi lebih baik.
Sebab itu secara peribadi saya tidak merasakan apa yang dipelajari di kem sebagai ulangan apa yang telah anda pelajari di sekolah. Di sekolah hanya tertumpu kepada teori sahaja. Di kem mereka belajar teori di dalam satu modul dan selepas itu mempraktikkannya di dalam satu modul yang lain dan dalam kehidupan mereka di kem. Yang paling penting mereka merasakan pengalaman itu sendiri.
Sebagai contoh, kerjasama kumpulan. Anda belajar di sekolah ia penting untuk satu kumpulan berjaya, tapi adakah anda berpeluang merasakan keadaan itu? Memang anda ada aktiviti ko kurikulum tapi sekadar perjumpaan atau perkhemahan sahaja bukan.. tapi cuba anda rasakan dalam PLKN, berhadapan dalam kumpulan yang sama ramai selama 3 bulan. Tidur, makan, bergerak bersama rasanya pasti berbeza. Ia memberikan pengalaman yang menajamkan sifat kepimpinan dan komunikasi dengan orang lain. Dengan cara ini barulah kita mampu melahirkan remaja yang betul-betul berkualiti.
Kalaupun ia adalah satu ulangan, istilah itu perlu ditukar kepada perkataan penambahbaikan. Sebab, latihan yang dijalankan di kem adalah sesuatu yang baru dan jika mereka pernah menjalankan latihan ini persekitaran tempat dan orang-orang yang akan mereka hadapi adalah berbeza. Jadi, itu menambah dan memperbaiki pengetahuan yang mereka ada sekarang.


11:08 AM
Stone_cooL
Posted in:
0 Komen Pembaca:
Post a Comment