Tidak lama lagi bakal pelatih akan melapor diri untuk menghadiri Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Ramai yang bergembira menghadiri program itu, tidak kurang juga yang rasa menderita sesangat sebab nak berpisah dari keluarga, rumah, bilik, kawan-kawan, shopping kompleks dan macam-macam lagilah. Mungkin ada di antara mereka yang tengah sakit kepala berfikir macam mana nak mengelak dari masuk PLKN ini.
Artikel ini ditulis bertujuan memberi anda sedikit penawar untuk lebih bertenang apabila memasuki alam kem nanti. Saya kongsikan dua cerita pendek untuk saya kupas maksudnya apa yang hendak saya sampaikan kepada anda bakal wira wirawati nanti. Cerita ini adalah cerita seekor Belalang nukilan Wowo.
Seekor belalang telah lama terkurung dalam sebuah kota. Suatu hari ia berhasil keluar dari kotak yang mengurungnya tersebut. Dengan gembira ia melompat-lompat menikmati kebebasannya. Di perjalanan ia bertemu dengan seekor belalang lain. Namun ia kehairanan kenapa belalang itu bisa melompat lebih tinggi dan lebih jauh darinya.Ia menghampiri belalang itu, dan bertanya, “Mengapa kau boleh melompat lebih tinggi dan lebih jauh, padahal kita tidak jauh berbeza dar usia ataupun bentuk tubuh?” Belalang itupun menjawabnya, “Dimanakah kau selama ini tinggal? Kerana semua belalang yang hidup dialam bebas pasti boleh melakukan seperti yang aku lakukan”. Saat itu si belalang baru tersedar bahawa selama ini kotak itulah yang selama ini membuat lompatannya tidak sejauh dan setinggi belalang lain yang hidup di alam bebas.
Kisah di atas boleh kita ambil sebagai iktibar, sebab kadang-kadang kita seperti belalang itu, hanya hidup dalam lingkungan yang sama sejak lahir,apa yang kita selalu dengar, pengalaman dari masa lampau, pembohongan, kegagalan dan sebagainya. Ia seolah-olah membuat kita terkurung dalam satu kotak negatif yang membatasi semua kelebihan anda. Kita mempercayai semua perkara tanpa pernah berfikir benarkah ada masalah itu atau diri anda sendiri bermasalah separah itu? Lebih buruk lagi, kita memilih untuk mempercayai semua itu daripada mempercayai diri sendiri. Kita terkongkong dalam pemikiran itu dan tidak berani mengambil risiko hidup dalam pemikiran yang baru.
Tidakkah anda terfikir bahawa anda sebenarnya mampu“melompat lebih tinggi dan lebih jauh” kalau anda mahu menyingkirkan “kotak” itu? Tidakkah anda ingin membebaskan diri agar anda boleh mencapai sesuatu yang selama ini anda anggap diluar batas kemampuan anda?
Beruntung sebagai manusia kita dibekalkan Tuhan kemampuan untuk berjuang, tidak hanya menyerah begitu saja pada apa yang kita alami. Beranikan diri, sentiasa berhati-hati dan gunakanlah segala ilmu yang anda ada untuk belajar dan menjaga diri anda sewaktu latihan nanti. Teruslah berusaha mencapai apapun yang anda ingin capai. Sakit memang, lelah memang, tetapi bila anda sudah sampai ke puncak, semua pengorbanan itu pasti terbayar.


10:48 AM
Stone_cooL
Posted in:
0 Komen Pembaca:
Post a Comment