17 June 2011

Pertanyaan!!!! (Part 1)

First of all..
Stonecool minta maaf sebab baru dapat online untuk jawab semua soalan hari ini..
Stonecool baru ada masa hari ni untuk update..=)

Secondly, minta maaf andai jawapan yang diberikan tak menepati citarasa..
Sebab, jawapan yang Stonecool kasi ni, mengikut pengalaman dan apa yang stonecool tahu la..

Kalau masih tak puas hati, adik-adik boleh rujuk terus kepada Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN)..Ok?

Ini antara soalan-soalan yang stonecool dapat dari para pelatih/bakal pelatih PLKN..(semua ni kebanyakannya dari web formspring Stonecool)
Kepada yang bagi soalan-soalan ni, Stonecool ucapkan terima kasih banyak-banyak..Stonecool share di sini, agar semua mendapat manfaatnya..


Soalan 1: Hai stone cool..saya ada 2 soalan.yang pertama,adakah telefon bebas digunakan atau hanya pada masa tertentu sahaja dan soalan ke 2 setahu saya plkn menyediakan elaun dan berapakah sebulan?

Stonecool (S/C):
Soalan 1.Telefon hanya boleh digunakan pada hari-hari tertentu..bergantung pada arahan Kem Komandan.
Soalan 2. Setiap pelatih memang diberikan elaun, ianya sebanyak RM 150 sebulan (mungkin ada kenaikan lagi kot..)

Soalan 2:Apakah perbezaan pelatih yang terpilih dengan pelatih secara sukarela???

S/C: Terpilih, antara rela dan tidak..Sukarela, memang nak pergi ke PLKN

Soalan 3:Hello...saya ni obese dan dipilih untuk mengikuti PLKN. Adakah berat badan saya akan bertambah, berkurang atau x berubah selepas menjalani PLKN? Thanks a lot. =)

S/C: Ianya bergantung pada pemakanan dan latihan yang anda jalankan..Ada pelatih yang berjaya menguruskan badan di PLKN dan ada yang bertambah..Tapi apa yang stonecool dapat, anda akan menjadi lebih sihat dan aktif..

Soalan 4:adakah layanan pelatih yg terpilih dgn pelatih sukarela nie berbeza??

S/C: layanan tidak akan berbeza sama sekali..Sebab, anda telah diiktiraf sebagai pelatih PLKN..so anda semua adalah sama..Tidak kira sukarela ataupun terpilih..

Soalan 5: saya nk sangat2 pergi PLKN...mcm mane nak wat rayuan...???TOLONG....

S/C: Rayuan, mudah saja..Download borang sebagai pelatih sukarela..Buat masa ini, website JLKN masih lagi busy, mungkin dalam masa terdekat..Anda boleh access..

Soalan 6: Saya telah terpilih untuk mengikuti PLKN Siri 9/2012. Saya tidak tahu apa akan terjadi kemudian...dan saya tidak tahu apa-apa langsung termasuk soalan apa yang perlu saya tanya tentang PLKN. Boleh beritahu segalanya?

S/C: Segala maklumat yang anda perlukan ada dalam blog ni..Anda boleh rujuk entri ini dan sekiranya ada soalan..boleh kemukakan kepada stonecool ye..

Soalan 7: kenapa setiap pemilihan tidak adil.. kbnyakan yg dapat mesti xnk pegi.. yg xdpat itu lah yg nk pegi..

S/C: Itu kena ditanyakan kepada pihak JLKN kerana pemilihan pelatih adalah dibuat oleh Jabatan Latihan Khidmat Negara

Saoalan 8: apa yang dimaksudkan dengan kumpulan satu dan kumpulan dua

S/C: Itu adalah Kumpulan dalam setiap siri..Kump. 1 biasanya pada Januari hingga Mac, Kump. 2 pada pertengahan Mac hingga Jun manakala Kump. 3 pada pertengahan Jun hingga September.

Soalan 9: macam mana nak pergi kalau saya tak nak masuk plkn ..

S/C: Anda kena kemukakan alasan yang munasabah jika tidak mahu pergi ke PLKN..Ia dipanggil pengecualian. Rujuk entri ini..Tetapi anda tidak boleh sesuka hati untuk tidak mengikuti PLKN..

Soalan 10:bantal plkn bagi x? ade iron (seterika) x kat sane?

S/C: Memang ada..Tapi bantal tu bukanlah diberi terus kepada pelatih.. Hanya untuk kegunaan dalam kem..Seterika, memang ada.. Semua kemudahan ini disediakan.. Sila rujuk entri ini..Baguskan negara kita?

7 Komen Pembaca:

Anonymous said...

Nak antar Surat penangguhan by hand ke or kna pos je...jwpn permohonan penangguhan dia akn pos blik kat Kita ke?

Stone_cooL said...

rasanya pos pun boleh..kalu nak lagi cepat boleh by hand..ya..dorg akn pos..tapi mungkin akan lewat sampai..

Anonymous said...

nanti bile kite da daftar plkn boleh keluar balik tak?mcm dapat tawaran belajar??

Stone_cooL said...

boleh..kalau dapat tawaran semasa PLKN..kna buat penangguhan la..

Anonymous said...

Hello coolstone nak tanya soalan adakah mereka yang terpilih kumpulan 2 & 3 untuk sesi plkn ini terdiri dari kalangan murid yg ada rekod disiplin or erti kata budak kelas bawah dan jahat?

Stone_cooL said...

tidak: kumpulan dua adalah mereka yang sama dengan kumpulan 1..tiada beza..

kumpulan 3 pula, kadang kala yang tidak bersekolah..atau sudah berkahwin..atau yang membuat penangguhan..itu sahaja..tiada label jahat atau tidak..semua sama sahaja..

Unknown said...

Sy mmpunyai masalh ksihatan..Surat dri jabatan kesihatan kerajaan tu kna pos ke?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Ziel | Penulis Blog Warna warni De' PLKN - Stonecool | Pelangi Kehidupan