01 January 2012

Pelatih PLKN Siri 9/2012


Kumpulan 1 : 1 Jan 2012 - 17 Mac 2012
  Kumpulan 2 : 1 Mei 2012 - 14 Julai 2012
  Kumpulan 3 : 9 Sept 2012 - 29 Dec 2012

Salam..Bertemu lagi kita di lembaran baru 2012..Pastinya bakal pelatih sedang sibuk membuat persiapan untuk ke kem PLKN kan?


Di kesempatan ini, stonecool ingin mengambil peluang untuk mengucapkan selamat menempuh kehidupan 3 bulan di kem PLKN. Jangan takut, jangan risau..Adik-adik akan baik-baik saja di sana..Inilah masanya adik-adik belajar untuk berdikari sebelum menempuh kehidupan di dunia luar. mungkin ini boleh menjadi titik tolak untuk mendedahkan adik-adik dengan kehidupan dan bergaul dengan masyarakat.

Stonecool juga ingin berpesan sedikit pada adik-adik yang bakal menjalani latihan agar menjaga diri di dalam kem. Bukan apa, dalam kem, adik-adik akan bergaul dengan pelbagai jenis ragam manusia. Jadi, pastikan adik-adik tidak lalai dan leka ketika di sana. adik-adik juga kena ingat untuk menjaga kesihatan di dalam kem..Jangan sesekali skip makan tau..Sebab, adik-adik akan menjalani latihan yang memerlukan tenaga..Banyak sangat pesanan stonecool ni kan?

Erm, adik adik juga mungkin masih runsing dengan peralatan yang perlu dibawa ke kem..Nak bawa kasut sukan ke, baju lengan panjang ke..Tudung ke..??

Adik-adik bolehlah membaca senarai barang yang perlu dibawa untuk mendapatkan maklumat tentang peralatan yang adik-adik perlu bawa. ke kem PLKN..

Selain daripada itu, banyak lagi entri-entri di blog ni yang Stone Cool khaskan untuk adik-adik yang bakal menjalani latihan..Semuanya percuma..

Apa-apa pun, selamat maju jaya stonecool ucapkan buat semua..


0 Komen Pembaca:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Ziel | Penulis Blog Warna warni De' PLKN - Stonecool | Pelangi Kehidupan